Kota Kinabalu: Tuduhan Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi alasan beliau keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah tidak berasas dan jelas mahu mengalih perhatian di atas kegagalan sebagai wakil rakyat di kawasan itu, dakwa Ketua Bahagian Bersatu Lahad Datu, Abdul Hakim Gulam Hassan.Menurut Abdul Hakim, Mohamaddin yang menyertai Bersatu November lalu selepas keluar daripada Parti Warisan sebenarnya tidak berpuas hati kerana keinginan peribadinya tidak tercapai iaitu jaminan sebagai calon Bersatu pada pilihan raya akan datang.
Menurutnya, Mohamaddin sepatutnya maklum bahawa pemilihan calon pilihan raya adalah atas budi bicara pucuk pimpinan dan bukan di peringkat bahagian.
“Dakwaan beliau kononnya tidak diberi peranan dalam parti agak tidak jelas kerana semua maklum beliau masih berperanan besar sebagai wakil rakyat Segama dan Ahli Parlimen Lahad Datu.
Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.






