Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hajiji serah 158 ekor lembu korban sempena Aidiladha
Published on: Saturday, July 09, 2022
Published on: Sat, Jul 09, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Hajiji serah 158 ekor lembu korban sempena Aidiladha
HAJIJI (kanan) ketika majlis penyerahan lembu-lembu korban itu.
Tuaran: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada Jumaat menyampaikan 158 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok kepada 51 wakil masjid dan surau dalam Parlimen Tuaran.

Sumbangan lembu korban itu turut disampaikan kepada wakil pasukan keselamatan di Sabah termasuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan; Kem Lok Kawi; Akademi Bomba dan Penyelamat Tuaran; Tentera Laut Diraja Malaysia, Sepanggar; Ibu Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia Sabah; dan Balai Polis Tuaran.

Advertisement
Majlis penyerahan itu diadakan di perkarangan Masjid Haji Noor, Kampung Serusup, dekat sini, pada Jumaat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Hajiji berkata sumbangan lembu korban itu diharap dapat memeriahkan sambutan Aidiladha tahun ini dan umat Islam di Sabah khususnya di Tuaran dapat bersama melaksanakan ibadah korban.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ibadah korban ini mempunyai sejarah dan signifikan amat besar kepada penganut agama Islam untuk kita berkorban dan membantu mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Surau Kampung Wokok, Moksin Mohd Said, 76, yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Mualaf Tuaran melahirkan rasa terharu dan bersyukur, kerana ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihaknya menerima sumbangan lembu korban sempena perayaan Aidiladha.

Advertisement
Seorang lagi wakil penerima, Bendahari Surau Kampung Tambalugu Azmie Empong, 67, turut melahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada ketua menteri atas sumbangan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya menerima dua ekor lembu, dengan satu daripadanya akan diserahkan kepada kampung berhampiran agar mereka dapat bersama mengerjakan ibadah korban pada tahun ini.

Advertisement
“Kerja-kerja penyembelihan dan pemprosesan lembu korban akan dibuat secara bergotong royong selepas selesai menunaikan solat sunat Aidiladha sebelum diagihkan kepada penduduk kampung,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here