Kota Kinabalu: Seorang pelajar teknologi pembinaan berusia 20 tahun dari Kolej Vokasional Keningau menerima pencapaian luar biasa apabila menjadi wakil tunggal negara dalam anugerah berprestij Global Student Prize 2022 anjuran Chegg.org.Alesyah Asa disenarai pendek dalam kelompok 50 peserta terbaik daripada 7,000 pencalonan daripada 150 negara. Dia akan bersaing untuk merebut tempat dalam kelompok 10 Terbaik dan berpeluang untuk menerima hadiah wang tunai RM445,000.





