Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ravi lakar sejarah tawan Gunung K2
Published on: Monday, July 25, 2022
Published on: Mon, Jul 25, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Ravi lakar sejarah tawan Gunung K2
RAVI mengibarkan Jalur Gemilang di puncak kedua tertinggi dunia itu Jumaat lalu.
Kuala Lumpur: Pendaki solo negara yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), T. Ravichandran, 57, menjadi rakyat Malaysia pertama mengibarkan Jalur Gemilang di puncak gunung K2, gunung kedua tertinggi di dunia, yang terletak di Pakistan.

Beliau bersama lima lagi pendaki solo terhebat dunia dan diiringi lima sherpa, menawan puncak gunung setinggi 8,611 meter itu pada 10.50 pagi waktu tempatan, Jumaat lepas.

Advertisement
Bagi Ravichandran, cintanya kepada negara menjadi pembakar semangat sepanjang pendakian dan kejayaannya itu adalah hadiah buat negara sempena sambutan Hari Kebangsaan, yang bakal disambut pada 31 Ogos depan.

“Semangat cintakan negara, hidup dalam aman dan harmoni, itu kunci perpaduan yang patut disemai dalam jiwa di mana ia menjadi kekuatan untuk saya harungi kesukaran sepanjang pendakian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Terima kasih kepada isteri saya yang tercinta, anda adalah kekuatan untuk saya berjaya. “Tidak lupa kepada keluarga, rakan-rakan, penaja-penaja dan rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan saya sampai ke puncak,” katanya dalam kenyataan menerusi pesanan Whatsapp, pada Ahad.

Advertisement
Walaupun menghadapi kekurangan sebagai OKU, beliau berkata ia bukanlah penghalang kepadanya tetapi menjadi bukti OKU juga mampu membina kekuatan diri, setanding dengan mereka yang sempurna. “Tiada yang mustahil untuk bangkit kembali jika kita terjatuh. Itu pengalaman pendakian yang saya tempuh dalam ekspedisi kali ini. Ini hadiah saya buat rakyat Malaysia. Merdeka!,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here