Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dokumen palsu:  Peter Anthony berjaya gantung hukuman, sabitan 
Published on: Tuesday, August 02, 2022
Published on: Tue, Aug 02, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Dokumen palsu:  Peter Anthony berjaya gantung hukuman, sabitan 
Pada 26 Mei lepas, Azura menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atau penjara 15 bulan terhadap Peter selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014.
Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini pada membenarkan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony untuk menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya atas kesalahan menggunakan dokumen palsu.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan afidavit, hujahan bertulis dan hujahan lisan yang dikemukakan pihak pembelaan dan pendakwaan pada prosiding sebelum ini.

Advertisement
“Mahkamah berpuas hati dan memutuskan agar permohonan pihak pembelaan supaya suatu penggantungan pelaksanaan hukuman dan sabitan terhadap pemohon dalam kes ini adalah dibenarkan, berdasarkan alasan-alasan yang telah dinyatakan,” katanya yang turut memerintahkan wang jaminan terhadap Peter, 51, dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM80,000.

Azura juga membenarkan permohonan peguam S. Devanandan yang mewakili Peter untuk menyelesaikan pembayaran baki jumlah jaminan sebanyak RM30,000 sebelum atau pada 3 Ogos depan memandangkan penjamin ahli politik itu tidak hadir ketika prosiding pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada 28 Julai lepas, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika membantah permohonan itu berhujah permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan tertuduh (Peter) diberikan suatu penggantungan pelaksanaan sabitan hanya boleh dibenarkan sekiranya terdapat ‘clerical error’ atau kesilapan seperti dinyatakan dalam Seksyen 278 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

“Jelas sekali tidak terdapat sebarang ‘clerical error’ dan oleh yang demikian permohonan pihak pembelaan supaya Peter diberikan suatu penggantungan pelaksanaan sabitan adalah tidak berasas pada peringkat ini,’’ katanya.

Advertisement
Sementara itu, Devanandan pula berhujah permohonan anak guamnya untuk menggantung pelaksanaan sabitan dibuat atas alasan yang sama seperti dalam dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan alasan terdapat keadaan istimewa mengikut Seksyen 311 KTJ.

Peguam itu berkata rayuan Peter yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap terhadap sabitan dan hukuman bermerit dan mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya.

Advertisement
“Jika permohonan ini tidak dibenarkan, pemohon yang juga Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang merupakan sebuah parti politik di Sabah tidak boleh bertanding pada PRU15 yang bakal diadakan.

“Kita tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan. Jika tidak dibenarkan, pemohon akan hilang kelayakan untuk bertanding dan ia menyebabkan prejudis kepadanya. Oleh itu, sabitan ini perlu digantung sementara untuk membolehkan beliau bertanding,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah ketika ditemui berkata Mahkamah Tinggi pada Isnin menetapkan 19 September ini sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya bagi rayuan Peter untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 26 Mei lepas. – Bernama

Pada 26 Mei lepas, Azura menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atau penjara 15 bulan terhadap Peter selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here