Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ong puji sikap pemain
Published on: Tuesday, August 02, 2022
Published on: Tue, Aug 02, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Ong puji sikap pemain
PENYERANG Sabah FC Jose Embalo (hadapan) cuba melepasi pemain pertahanan Melaka United FC pada saingan Liga Super di Stadium Likas pada Ahad lalu. – fotoBERNAMA
Kota Kinabalu: Datuk Ong Kim Swee memuji sikap pemain-pemainnya ketika Amri Yahyah menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk membantu Sabah FC meraih tiga mata dalam saingan Liga Super menentang Melaka United di Stadium Likas, malam Ahad lalu.

Ia merupakan satu lagi kemenangan menerusi kebangkitan selepas skuad Badak ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama.

Advertisement
Dalam keadaan hujan lebat dan padang becak, kedua-dua pasukan bergelut untuk menampilkan permainan biasa mereka dari mula dan hanya melakukan percubaan jarak jauh di awal permainan.
Stuart Wilkins hampir menjaringkan gol pada minit ke-12 namun rembatan kencangnya dari jarak 20 ela ditepis oleh penjaga gol Melaka United, sementara Taiki Kagayama menyaksikan percubaan jarak dekatnya dihalang oleh seorang pertahanan beberapa minit kemudian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun pasukan pelawat yang terlebih dahulu menemui jaring menerusi Ifedayo Olusegun yang tenang menolak bola tampanan kurang kemas penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Melaka United berpeluang menggandakan kelebihan mereka sebaik perlawanan bersambung pada babak kedua tetapi dinafikan oleh Dominic Tan apabila dia merebahkan badan untuk menghalang percubaan Emmanuel Oti Essigba.
Advertisement
Sabah akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-65 menerusi sepakan voli daripada Amri yang sebelum itu turun bagi menggantikan Stuart yang cedera.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada penghujung perlawanan untuk mencari gol kemenangan dengan Sony Norde menyaksikan percubaannya terkena tiang pada minit ke-84 sebelum jaringan Amri pada minit ke-90.

Advertisement
Walaupun menampilkan satu lagi kebangkitan menakjubkan, Ong mahu pemain-pemainnya tidak mengulangi kesilapan sama dibolosi gol awal.

“Pasukan mempamerkan satu lagi persembahan cemerlang dan ini merupakan kali ketiga kami bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk memenangi perlawanan.

“Bagaimanapun, kami perlu memperkemaskan lagi permainan kami dan tidak harus dibolosi gol awal. Sikap positif pemain-pemain termasuk mereka yang diturunkan kemudian harus dipuji.

“Persembahan baik mereka memberi kami kelebihan untuk mencari kemenangan walaupun keadaan padang yang buruk,” katanya. Dia juga menolak dakwaan bahawa pemain-pemainnya tidak cergas. “Tidak benar bahawa pemain-pemain tidak cergas. Ia sukar untuk kami bermain dalam keadaan itu dan selain itu ia adalah perlawanan kelima kami dalam 15 hari.

“Saya percaya robot pun akan berdepan masalah sama jika mereka bermain lima perlawanan dalam 15 hari. Jadi ini bukan isu kecergasan tetapi lebih kepada keletihan dan saya gembira pemain-pemain berjaya mengatasinya untuk meraih kemenangan,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here