LAHAD DATU: Kekurangan kakitangan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di cawangan di sini perlu dipandang serius demi melancarkan urusan masyarakat di daerah ini.Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Lahad Datu, Mohd Ar Razee Abdulham berkata, masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat di daerah ini ketika berurusan di JPN bukan bangunan atau fasiliti tetapi kekurangan kakitangan.





