Kota Kinabalu: Masyarakat diseru agar terus menyokong kempen derma darah yang dianjurkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sekitar Inanam, di Pekan Inanam, hari ini (Rabu).Usaha murni itu diharap mendapat sambutan menggalakkan dan sekaligus membantu menambah keperluan darah di semua Unit Tabung Darah hospital di negeri ini.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Inanam, Datuk Wong Thien Fook berkata, kempen berkenaan akan dijayakan dengan kerjasama Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (Pendarah), Tabung Darah Hospital Kudat dan Persatuan Thalassaemia Sabah, Pertubuhan Orang Asal Sabah serta Persatuan Bulan Sabit Merah, Cawangan Kota Kinabalu.
Advertisement





