Kota Kinabalu: Jabatan Perikanan Negeri telah mengambil langkah menjadikan pembiakan karang (coral farm) sebagai aktiviti akuakultur dan sedang menyediakan peraturan untuk penternakan dan pengeksportan karang.Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata selain sumber ikan yang banyak, perairan Sabah juga kaya dengan pelbagai jenis batu karang tercantik dan menjadi tarikan kepada ekopelancongan khususnya menyelam.
Beliau berkata dianggarkan terdapat kira-kira 550 spesies karang hidup dan itu termasuk di perairan Sabah khususnya di Semporna.
Advertisement





