SANDAKAN: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki berusia 50an yang dipercayai dibaham buaya di kawasan Sungai Seguntur berhampiran Taman Kenari, Batu 7, di sini pada Jumaat, diteruskan untuk hari kedua pada Sabtu.Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melalui sistem MERS999 kira-kira jam 8.57 malam Jumaat.





