SANDAKAN: Sebuah kapal tangki yang membawa cecair berharga dilaporkan hilang di perairan Sandakan, tetapi kemudiannya bertukar menjadi kejadian rompakan. Ini antara situasi eksesais carilamat ‘Search and Rescue Exercise (SAREX) Tier 2 – Table Top’ yang diadakan selama dua hari di Pejabat Zon Maritim Sandakan, baru-baru ini.





