Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kejohanan Golf Amal Monfort kembali dengan hadiah menarik
Published on: Thursday, September 22, 2022
Published on: Thu, Sep 22, 2022
By: Ricardo Unto
Text Size:
Text:
Kejohanan Golf Amal Monfort kembali dengan hadiah menarik
CHIU, Wong dan yang lain bergambar dengan Proton X70 itu.
Kota Kinabalu: Kejohanan Golf Amal Monfort kembali dengan hadiah menarik untuk para pemenang.Edisi ke-13 kejohanan itu akan diadakan di Sabah Golf and Country Club di sini, pada 26 November, selepas tidak diadakan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Advertisement
Untuk edisi kali ini, Pengarah Eksekutif Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd, Thomas Chiu berkata syarikat itu menawarkan sebuah Proton X70 bernilai RM120,000 sebagai hadiah pukulan selubang untuk pemain bertuah di semua lubang Par-3 (lubang No 5, 8, 12 dan 17).

“Dengan hadiah pukulan selubang menjadi satu daripada ciri yang menarik pada acara amal itu, Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd dengan sukacitanya menaja Proton X70 sebagai hadiah,” katanya.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengerusi Penganjur Datuk Willie Wong berkata pada tahun ke-13 penganjurannya, sejak permulaannya sederhana pada 2007, acara amal tahunan Montfort kini telah berkembang menjadi nama yang terkenal di kalangan komuniti golf, dan dengan itu menjadi satu perhimpunan tahunan bagi pemain-pemain golf mengukuhkan persahabatan dan rangkaian.

“Acara amal tahunan ini lebih daripada sekadar hari bermain golf yang santai. Yuran penyertaan anda dan sebarang sumbangan tambahan akan memberi manfaat secara langsung kepada Pusat Latihan Belia Monfort (MYTC), dan 100 peratus boleh ditolak cukai.”

Advertisement
Sektor korporat, katanya, terus memberikan sokongan kepada acara itu.

Hadiah pukulan selubang kedua bagi lubang No 5 dan 17 ialah hadiah wang tunai RM20,000 tajaan Muhibbah Dua (M) Sdn Bhd dan Raspand Motor Sdn Bhd.

Advertisement
Beliau seterusnya berkata, selain hadiah pukulan selubang yang menarik ini, terdapat pelbagai hadiah cabutan bertuah seperti baucar penginapan resort serta set televisyen LED.

“Sejak pandemik menyekat acara pengumpulan dana sejak dua tahun lalu, dana yang dikumpul pada acara golf amal ini akan menjadi lebih penting untuk meneruskan kehidupan 197 belia di bawah jagaan Montfort termasuk 73 belia yang bersekolah di dua asrama luar bandar di Kiulu dan Sandakan,” katanya.

Difahamkan bahawa perbelanjaan tahunan MYTC adalah antara RM3.6 juta dan RM4 juta.

Penganjur menyasarkan 140 peserta kejohanan itu yang merangkumi pelbagai anggota masyarakat termasuk menteri, pemimpin sektor perindustrian dan korporat yang akan dijemput untuk menyertai acara ini.

Kejohanan ini akan dibahagikan kepada tiga kategori - Terbuka, Senior dan Wanita.

Hanya slot terhad disediakan dan mereka yang berminat untuk menyertai kejohanan boleh menghubungi urusetia jawatankuasa penganjur. Borang pendaftaran dan bayaran hendaklah diserahkan pada atau sebelum 17 November.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Frederick Mah di 013-8641599, atau Sabrina Wu (016-2091979), atau Florence David (016-8248583).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here