KIULU: Sudah tiba masa seorang pemimpin daripada kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) bukan Islam di negeri ini diberi peluang untuk memegang jawatan Yang di-Pertua Negeri atas nama kesamarataan dan solidariti dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama.Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) Dr Benedict Topin berkata, mereka menyokong cadangan KDCA mencalonkan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Negeri yang baru.
Menurutnya, tiada sebab kenapa kerajaan terus menerus menafikan hak kaum KDRM bukan Islam untuk memegang jawatan itu selepas 50 tahun pembentukan Malaysia.
Advertisement





