Azam dahului senarai penerima
Published on: Saturday, October 01, 2022
By: Hayati Dzulkifli
SPDK (atas, dari kiri) Azam, Ilyas, Dr Joachim dan (dari kiri) Kadzim, Lim dan Mohd Noor.
Kota Kinabalu: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam bin Baki mendahului senarai 1,407 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah yang dianugerahkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun (Dr) Juhar Mahiruddin.Azam dikurniakan anugerah tertinggi Negeri Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran “Datuk Seri Panglima” bersama bekas Mayor Datuk Illyas bin Ibrahim diikuti Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr Joachim Gunsalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Kadzim M. Yahya dan Penasihat SMJ Petroleum Dato’ Sri Lim Haw Kuang dan bekas Menteri Kewangan Negeri merangkap penasihat SAPP Datuk Mohammad Noor bin Mohammad Mansoor.ADVERTISEMENT
Penganugerahan berlangsung di dewan istiadat Istana Seri Kinabalu, hari ini. Ia merupakan sesi pertama Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Sabah 2022.
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu: (atas, dari kiri) Juliah, Chandra, Edward dan (dari kiri) Taufiq, Flovia, Andi.
Seramai 81 yang lain turut menerima gelaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran “Datuk”. Mereka termasuklah isteri kepada Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag, Pesuruhjaya Polis Negeri Dato’ Idris bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan Persekutuan Yamani Hafez bin Tan Sri Musa Aman, Pengerusi Yayasan Nur Jauhar Brig. Jeneral Al-Hambra bin Tun Juhar, Mejar Jeneral Tentera Divisyen Kelima Abdul Rahman bin A. Wahab, Komander Esscom DCP Hamzah Ahmad, Ketua Operasi Darat Esscom SAC Chandrasehkaran A/L Muthu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Datuk Noor Alam Khan bin A. Wahid Khan, Pengarah Jabatan Imigresen Sabah SH Sitti Saleha @ SH Saleha bin Habib Yussof, Pengarah Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri Datin Lucy Yong, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Tah Nia binti Jaman, Timbalan Presiden SAPP Edward Dagul, Setiausaha Agung STAR Edward Linggu dan bekas Konsul Jeneral Konsulat Republik Rakyat China di Kota Kinabalu Liang Caide.
Beberapa pembantu menteri yang turut dianugerahkan PGDK iaitu Pembantu Menteri Kewangan Negeri Jasnih Daya, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Flovia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Harun bin Durabi dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Mohamed Hamsan bin Awang Supain.
Seorang ahli Dewan Negara Senator Noraini Idris turut berada dalam senarai PGDK bersama beberapa ADUN iaitu ADUN Lumadan Ruslan Muharam, ADUN Balung Hamild@Hamid bin Awang, ADUN Sebatik Hassan A Ghani PG Amir, ADUN Tempasuk Mohd Arsad bin Bistari dan ADUN Dilantik, Jaffari bin Waliam.ADVERTISEMENT
Ketua Pengarang Daily Express James Sarda turut dinamakan dalam senarai PGDK bersama Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Ismail Brahim, Hakim Mahkamah Tinggi Sibu Christopher Chin Soo Yin, Naib Presiden Kanan Petronas Bacho bin Pilong@Pelu dan Presiden Persatuan PKS Sabah Foo Ngee Kee.
Tun Juhar turut menganugerahkan gelaran “Jaksa Pendamai” (JP) kepada sembilan penerima iaitu Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan, pembantu menterinya Hendrus Anding, bekas ADUN Sekong Datuk
ADVERTISEMENT
Samsudin Yahya, Timbalan Ketua
Pesuruhjaya SPRM Dato’ Sri Ahmad Khusairi bin Yahaya, dan pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Sabah Datuk Dr Ajaz Ahmad bin Nabijan, bersama empat lagi penerima.
Beberapa pengamal media di Sabah turut menerima anugerah Negeri dan antara penerima “Ahli Darjah Kinabalu” ialah bekas wartawan kanan Berita Harian Suziannah Jiffar yang kini Timbalan Pengarah Media dan Komunikasi di bawah Jabatan Ketua Menteri, pegawai medianya Carolyn Maurice dan bekas wartawan Berita Harian Mohd Azrone bin Sarabatin.
Wartawan Kanan Utusan Borneo Abd Naddin bin Shaiddin turut menerima “Bintang Setia Kinabalu” (BSK) manakala penerima “Bintang Kinabalu” ialah wartawan Daily Express di Tawau, Christy Chok Lee Lui bersama dengan ketua jurugambar Jabatan Penerangan Sabah (Japen Sabah) Azman Jumat, jurugambar kanannya Johnny Kimlon, jurugambar Vicky Matanjang dan pembantu penerbitan Japen Sabah, Jeanne Sompong.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.