Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hantaran di media sosial tidak rujuk Ebit Lew: Saksi
Published on: Saturday, October 01, 2022
Published on: Sat, Oct 01, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Hantaran di media sosial tidak rujuk Ebit Lew: Saksi
Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.
Tenom: Satu hantaran bertarikh 26 Julai 2021 di media sosial oleh saksi pertama dalam perbicaraan gangguan seksual Ebit Lew (gambar), tidak merujuk kepada pendakwah itu.

Presiden pertubuhan bukan kerajaan Multiracial Reverted Muslims (MRM) Firdaus Wong Wai Hung, 39, yang juga seorang pendakwah, memberi keterangan sebagai saksi ketiga dalam perbicaraan itu memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hantaran menerusi akaun Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi milik saksi pertama Mohd Fairuz Abu, 37, hanya meletakkan pendakwah selebriti terkenal.

Advertisement
“Selain itu, kami menerusi sayap wanita MRM juga sedang mengendalikan beberapa kes melibatkan individu-individu yang berpengaruh dalam masyarakat.
“Majoriti mangsa yang mengadu tidak tahu dan takut untuk mendapatkan keadilan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Maka, posting (kiriman) itu tidak merujuk kepada Ebit Lew sahaja kerana sehingga kini menerusi sayap wanita MRM masih menerima kes-kes lain yang berprofil tinggi,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria pada Jumaat.

Wong memberitahu hantaran itu dibuat oleh Mohd Fairuz menerusi akaun Facebooknya selepas mereka berbincang bahawa terdapat wanita lain yang telah mengadu kepada mereka mengenai gangguan seksual oleh Ebit Lew.

Advertisement
“Maka kami menawarkan, jikalau ada wanita di luar yang menjadi mangsa seksual atau gangguan seksual, untuk tampil ke hadapan tanpa perlu risau,” katanya.

Zahida:Adakah kamu tahu bagaimana permulaan pengadu (mangsa), membuat aduan kepada Mohd Fairuz?.

Advertisement
Wong: Ya, saya tahu bagaimana permulaan pengadu membuat aduan kepada Akhi Fairuz (Mohd Fairuz) iaitu selepas beliau (pengadu) melihat satu kiriman oleh Mohd Fairuz, pengadu telah berhubung dengan Akhi Fairuz menerusi telefon (aplikasi) Whatsapp.

Zahida: Apa kiriman yang kamu maksudkan?

Wong: Kiriman yang saya maksudkan adalah satu kiriman di Facebook.

Zahida: Kamu boleh ingat apakah kandungan kiriman tersebut?

Wong: Antara isi kandungan kiriman yang saya ingat adalah berkaitan kesediaan, kesanggupan dan penawaran dari Akhi Fairuz untuk membantu mangsa-mangsa gangguan seksual.

Wong turut mengecam sekeping gambar daripada lapan gambar kemaluan lelaki yang dikongsi oleh Mohd Fairuz, yang menerima gambar berkenaan daripada pengadu.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung pada 20 hingga 22 Disember depan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here