Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Jangan mudah tertipu tawaran di media sosial
Published on: Monday, October 03, 2022
Published on: Mon, Oct 03, 2022
Text Size:
Text:
Jangan mudah tertipu tawaran di media sosial
“Kita perlu berhati-hati agar tidak terpedaya atau terpengaruh dengan pulangan lumayan tanpa melihat siapa orang itu dan dari mana asal mereka,” jelasnya. Selain itu, Jonathan turut mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa memerhatikan keberadaan anak-anak mereka agar tidak menjadi mangsa penderaan oleh orang yang tidak dikenali yang dipercayai menjalankan aktiviti berkaitan penjualan komponen (organ) manusia, kini dipantau.
RANAU: Masyarakat di daerah ini diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran mendapatkan sumber kewangan menerusi aplikasi WhatsApp, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan pesanan melalui Internet.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata ramai penduduk Ranau yang terkesan dengan tawaran yang dikeluarkan pihak tidak bertanggungjawab bertujuan menipu termasuk tawaran kerja yang menawarkan gaji lumayan, namun ia hanyalah satu penipuan.

Advertisement
“Ramai yang terpedaya dengan janji manis sekumpulan penipu yang akhirnya mereka yang tertipu menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan paling teruk menjadi mangsa penjualan organ manusia di luar negara.

“Kita perlu berhati-hati agar tidak terpedaya atau terpengaruh dengan pulangan lumayan tanpa melihat siapa orang itu dan dari mana asal mereka,” jelasnya. Selain itu, Jonathan turut mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa memerhatikan keberadaan anak-anak mereka agar tidak menjadi mangsa penderaan oleh orang yang tidak dikenali yang dipercayai menjalankan aktiviti berkaitan penjualan komponen (organ) manusia, kini dipantau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan kegiatan tidak bermoral seperti penagihan dadah yang akan memusnahkan masa depan anak itu sendiri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

“Penglibatan kanak-kanak termasuk pelajar sekolah dalam kes penyalahgunaan dadah kini semakin membimbangkan kerajaan, sebab itu pengawasan ibu bapa, guru dan masyarakat dalam usaha membendungnya amat penting,” katanya.

Advertisement
Jonathan yang juga Ahli Parlimen P179 Ranau berucap pada Majlis Taklimat Isu Semasa Mukim Suminimpod/Kepangian di Dewan Mini Kg Gana-Gana, 15 kilometer dari pekan Ranau pada Jumaat.

Menyentuh isu pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar, beliau berkata, berikutan peruntukan kewangan yang terhad, pihaknya akan mempertimbangkan kelulusan peruntukan bagi melaksanakan projek itu berdasarkan keutamaan dan keperluan mendesak.

Advertisement
“Orang ramai harus bersabar menunggu peruntukan kewangan projek itu kerana yang benar-benar mendesak akan diberi keutamaan. Tetapi jangan risau, kerana kami bercadang untuk membantu semua mereka yang memerlukan pembangunan yang ditunggu-tunggu,” tambahnya. Dalam majlis itu, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simium Bin Lomudin menyampaikan taklimat Jenayah dan Keselamatan. Turut berucap ialah Pengerusi Pengerusi JPKK Kg Gana-Gana, Witrinia Kimin.

Lebih 100 penduduk dari beberapa kampung Mukim Suminimpod (Tiang Lama, Longut Lama, Kopongian, Suminimpod, Niasan, Nampasan Lama, Gaur, Giring-Giring, Bayag, Kitaie dan Togoyog menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir Pegawai Kesejahteraan Masyarakat, Samdin Bin Rijin, Pemaju Mukim Suminimpod, Sibin Keidau, Ketua Kampung Kg Gana-Gana, Roslin Sion, dan rombongan dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here