Kota Kinabalu: Barisan Nasional (BN) Penampang mengalu-alukan sekiranya pucuk pimpinan tertinggi gabungan itu memutuskan untuk meletakkan calon di P.174 Penampang untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan datang.Pengerusi BN Penampang Datuk Mohd Hasnol bin Datuk Ayub berkata mereka berharap diberi peluang untuk bertanding sebagai calon di bawah tiket BN pada pilihan raya umum itu.
“Seperti yang kita sedia maklum, kita masih belum tahu siapa yang akan menjadi calon pilihan raya P174 Penampang tetapi kita harap ia datang daripada parti komponen BN di kerusi itu.
Advertisement





