Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tanah runtuh di empangan hidro di Tenom
Published on: Wednesday, November 02, 2022
Published on: Wed, Nov 02, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tanah runtuh di empangan hidro di Tenom
ANGGOTA bomba memeriksa sekitar kawasan hidro Pangi selepas kejadian itu.
Tenom: Enam lelaki yang terperangkap dalam insiden tanah runtuh di kawasan Empangan Hidro Tenom Pangi di sini berjaya diselamatkan pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tenom Mohd Zainal Sinsian berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 8.30 pagi sebelum menggerakkan sepasukan tujuh anggota bomba bersama dua jentera ke lokasi kejadian.

Advertisement
Beliau berkata kesemua mangsa berusia 29 hingga 42 tahun itu ditemukan dalam keadaan selamat.

“Kami menerima laporan enam lelaki terperangkap di kawasan Power House (empangan itu) sekitar lima kilometer dari pagar utama bangunan. Tindakan pasukan bomba berjalan kaki ke lokasi kejadian berjaya menemukan mangsa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kejadian tersebut mengakibatkan bahagian pagar utama bangunan tertimbus dan juga beberapa buah kenderaan serta motosikal rosak,” katanya ketika dihubungi pada Selasa. – Bernama

Beliau berkata pasukan bomba seterusnya menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan untuk memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain berlaku, dan menamatkan operasi pada 9.30 pagi.

Advertisement
“Pasukan bomba juga menasihati pekerja dan orang awam supaya tidak memasuki kawasan tahan runtuh tersebut,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here