Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ewon ikrar terus perkasa PKS, perdagangan digital
Published on: Tuesday, December 06, 2022
Published on: Tue, Dec 06, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Ewon ikrar terus perkasa PKS, perdagangan digital
EWON mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermula tugas beliau sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan terus memperkasakan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berasaskan pendigitalan di seluruh negara, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Menterinya Datuk Ewon Benedick yang memulakan tugasnya secara rasmi pada Isnin berkata perkara itu, selaras dengan agenda yang dibincangkan pada mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi Isnin.

Advertisement
Ewon yang juga Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (Upko) berkata Anwar meminta Jemaah Menteri, untuk turut memberikan tumpuan kepada pembangunan Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam agenda Perjanjian Malaysia (MA63).

“Saya percaya itu menjadi sebahagian daripada fokus kementerian, bukan hanya koperasi tetapi PKS berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perdagangan digital di Sabah dan Sarawak diperkasakan lagi oleh kementerian ini,” katanya kepada media di sini pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ewon berkata beliau juga akan meneruskan sesi libat urus, dengan pelbagai pemain industri PKS serta persatuan-persatuan berasaskan keusahawanan di negara ini.

Beliau berkata beliau juga akan konsisten meneruskan libat urus dengan pihak media, kerana percaya mereka antara rakan strategik kementerian itu dan kerajaan, dalam menyampaikan maklumat dan dasar baharu kepada rakyat.

Advertisement
Terdahulu, Ewon, 39, yang tiba di perkarangan bangunan kementerian berkenaan pada 12.15 tengah hari disambut Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Suriani Ahmad dan Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Zamri Salleh.

Ahli Parlimen Penampang yang mengenakan sut serba hitam itu kemudian mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermula tugas beliau sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum dibawa ke pejabat untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.

Advertisement
Ewon merupakan seorang daripada dua Ahli Parlimen dari Sabah yang mengangkat sumpah sebagai menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pada Sabtu lepas, selain Datuk Armizan Mohd Ali sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here