Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Wartawan Daily Express menang anugerah utama
Published on: Tuesday, December 20, 2022
Published on: Tue, Dec 20, 2022
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
Wartawan Daily Express menang anugerah utama
Sherell (kedua dari kanan) menerima anugerah daripada Masidi sambil diperhatikan Muguntan (kanan) dan Pengerusi Penganjur KPA2022, Durie Rayner Fong (kiri).
Kota Kinabalu: Wartawan Daily Express,  Sherell Ann Jeffrey, memenangi Anugerah Kewartawanan Bahasa Inggeris untuk tahun kedua berturut-turut untuk siri jenayah sibernya pada Anugerah Kewartawanan Kinabalu 2022 malam Ahad lepas.

Penulis khas veteran Kan Yau Chong merangkul anugerah kewartawanan alam sekitar Bahasa Inggeris dengan laporan mengenai banjir di Sugud.

Advertisement
Usaha berpasukan yang terdiri daripada Sherell, David Thien, Zulhayati Dzulkifli, Larry Ralon dan Oswald Supi mengenai Perjanjian Pemuliharaan Alam (NCA) yang kontroversi, turut menerima merit untuk anugerah bukan rencana.

Siti Kazalinah Kamaludin dari Harian Ekspres memenangi anugerah laporan hiburan, budaya dan seni dalam Bahasa Malaysia dengan laporan mengenai pengiktirafan untuk pembikin filem Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua wartawan Overseas Chinese Daily News (OCDN), Bong Tze Pin, memenangi dua anugerah bukan rencana dengan artikelnya mengenai langkah-langkah pencegahan Covid-19 dan kitar semula manakala Gravin Wong Chian Kyun merangkul anugerah hiburan dengan laporan mengenai pertandingan budaya melibatkan lelaki di Sabah.

Gravin juga menerima merit dalam kewartawanan sukan melalui laporan mengenai seorang ahli bina badan wanita Sabah dan Bong mengenai kerosakan akibat enam banjir besar pada 2021.

Advertisement
Mewakili Ketua Menteri Sabah merasmikan majlis di Grand Ballroom Pacific Sutera ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Membaca ucapan Datuk Seri Hajiji Haji Noor, beliau berkata Kerajaan Negeri sentiasa mengiktiraf peranan pengamal media arus perdana dan menjadi rakan penting dalam menyebarkan berita dasar dan pembangunan kerajaan.

Advertisement
“Kewartawanan yang baik memainkan peranan penting dalam masyarakat. Oleh itu adalah sangat penting bahawa maklumat yang dikongsi dengan orang ramai adalah sahih.

“Anda mampu mempengaruhi pemikiran rakyat melalui laporan, mengubah pandangan mereka malah landskap sosial dan politik sesebuah negara. Justeru, wartawan perlu melaporkan secara bijak, bertanggungjawab dan profesional,” katanya.

Hajiji menambah, berkat usaha wartawan menyebarkan berita kepada umum, berita mengenai inisiatif dan dasar yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya menjadi mudah didapati sama ada melalui media massa atau elektronik.

Hajiji bagaimanapun berharap pemodenan tidak bercanggah dengan prinsip asas penulisan berita kerana ia berdasarkan fakta dan adil terhadap subjek yang ditulis.

“Saya percaya walau semaju mana pun teknologi itu digunakan dalam dunia kewartawanan baik dalam media cetak, elektronik mahupun portal berita, etika serta tanggungjawab anda sebagai wartawan tidak akan pernah berubah.

“Kini kita di ambang menyambut tahun 2023. Tahun 2022 yang bakal kita tinggalkan banyak membawa kejayaan yang turut disiarkan oleh semua media di negeri ini.

“Saya harap usaha baik ini akan diteruskan. Syabas kepada pengamal media yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri ini. Kerajaan amat menghargainya,” katanya.

Beliau berkata, Anugerah Kewartawanan Kinabalu merupakan platform yang disediakan dalam usaha mengiktiraf karya kewartawanan dan sumbangan wartawan terhadap isu pembangunan, kemajuan sosioekonomi dan melaporkan keluhan rakyat.

“Saya mengucapkan tahniah kepada para pemenang atas anugerah mereka… Ia adalah satu pengiktirafan tinggi untuk pengamal media.

“Dengan penyertaan 270 daripada pelbagai kategori dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina, saya melihat KPA menghargai pengamal media Sabah,” katanya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan bekas Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Joniston Bangkuai, dan Presiden SJA, Datuk Muguntan Vanar.

Dalam ucapannya, Munguntan mengucapkan terima kasih kepada penaja, Petronas, Shell, Qhazanah dan Sawit Kinabalu.

“Ini adalah masa yang sesuai untuk mengingatkan diri kita bahawa kita mesti melakukan kerja kita secara profesional, bermakna kita harus beroperasi dalam parameter etika kewartawanan pada setiap masa,” katanya.

Beliau mengingatkan wartawan bahawa terlepas peluang bukan alasan untuk plagiarisme.

“Plagiarisme adalah sama seperti mencuri. Jika salah seorang daripada kita melakukan semua kerja dan cerita itu hanya dicedok dan diterbitkan semula di tempat lain tanpa memberi sebarang kredit, apakah yang dapat digambarkan tentang kita?

“Jangan kita terlepas pandang tentang keperluan untuk berusaha menerbitkan cerita yang baik atas merit kita sendiri. Mari kita berbangga menjadi wartawan,” katanya.

Beliau menambah bahawa adalah penting bagi wartawan kanan terutamanya editor untuk memberi tumpuan kepada usaha membentuk generasi wartawan lebih muda.

“Jika kita tidak membentuk mereka dengan nilai, etika dan amalan yang betul, peranan kewartawanan tidak akan dapat dipertahankan di Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here