Tue, 21 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
TYT sampaikan lapan Anugerah KPTNS ke-40 
Published on: Monday, April 20, 2026
Published on: Mon, Apr 20, 2026
Text Size:
Text:
TYT sampaikan lapan Anugerah KPTNS ke-40 
MUSA (kelima dari kiri) menyampaikan sijil kepada Jacyntia Janet Jasne (kelima dari kanan), antara pemenang karya pilihan utama kategori C (terbuka).
Kota Kinabalu: Sebanyak lapan anugerah utama disampaikan kepada pemenang sempena Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) ke-40 mengikut kategori dipertandingkan pada Jumaat. 

Penghargaan Khas Penyertaan Pelajar Sekolah Teramai menjadi pembuka tirai dengan SMK Kota Marudu mencatat penyertaan tertinggi seramai 313 pelajar diikuti SK Taman Tawau (46), Sekolah Menengah Papar dan SMK Elopura Sandakan masing-masing 26 serta SMK St Francis Xavier Keningau (24) dan SM St Paul Beaufort (14).

Advertisement
Pengiktirafan turut diberikan kepada tenaga pengajar menerusi Penghargaan Khas Guru Inspirasi kepada Hamree Murah, Umi Nadzreena Madslin, Chin Yen Yee, Fredaus Johari Gugau dan Cshahyrull Ronny J Matimbun atas sumbangan memperkasa pendidikan seni.

Dalam pertandingan utama, Kategori A (7 hingga 12 tahun) menampilkan 10 pemenang manakala Kategori B (13 hingga 17 tahun) dan Kategori C (terbuka) masing-masing menyaksikan lapan pemenang dipilih juri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi anugerah Karya Pilihan Utama, Nur Nadhirah Shabudin muncul pemenang Kategori B menerusi karya The Hand That Feed. Bagi Kategori C pula, anugerah diberikan kepada Evinossa menerusi Cracked Promise serta Jacyntia Janet Jasne melalui karya Minamasi.

Majlis sama turut menyaksikan penganugerahan Tokoh Seni Visual Negeri Sabah 2025 kepada Valintine Willie sebagai pengumpul karya sementara Jainal Amambing diiktiraf sebagai artis Naive Art.

Advertisement
Terdahulu, Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman menyempurnakan Majlis Perasmian KPTNS itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Majlis dimulakan dengan simbolik menandatangani plak perasmian sebelum beliau melawat galeri pameran seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Advertisement
Penganjuran KPTNS Ke-40 yang diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri menjadi platform penting memperkasa seni visual serta mengetengahkan bakat penggiat seni tempatan.

Antara kategori dipertandingkan ialah Penghargaan Khas Penyertaan Pelajar Sekolah Teramai, Penghargaan Khas Guru Inspirasi, Kategori A (7 hingga 12 tahun), Kategori B (13 hingga 17 tahun) serta Kategori C (terbuka).

Turut dipertandingkan Karya Pilihan Utama bagi Kategori B dan C serta Anugerah Khas Tokoh Seni Visual Negeri Sabah 2025.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Industri Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here