Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
‘Hajiji masih Ketua Menteri’
Published on: Sunday, January 08, 2023
Published on: Sun, Jan 08, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Hajiji masih Ketua Menteri’
Datuk Seri Hajiji Noor
Kota Kinabalu: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor masih Ketua Menteri Sabah walaupun Barisan Nasional (BN) Sabah menerusi parti komponennya Umno mengumumkan menarik sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri, tegas GRS pada Sabtu.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan empat kepimpinan tertinggi parti komponen dalam GRS pada Sabtu, mereka sepakat pengumuman itu tidak memberi kesan terhadap kedudukan semasa Hajiji kerana keabsahan ketua menteri ditentukan melalui sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berpandukan kepada Perlembagaan Negeri.

Advertisement
“Hajiji kekal sebagai Ketua Menteri Sabah dan sebarang kenyataan media parti-parti politik tidak memberikan kesan dari sudut perundangan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Presiden Sabah Tanah Airku (Star) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jumaat lepas, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Ketua Badan Perhubungan Umno negeri dalam sidang media mengumumkan pendirian Umno dan BN Sabah untuk menarik sokongan terhadap Hajiji susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukannya sebagai Ketua Menteri, selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) telah dilanggar.

Bung Moktar berkata BN dan PN melaksanakan perjanjian membentuk kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2020, namun Hajiji serta pemimpin Bersatu Sabah yang juga komponen PN, keluar parti menyebabkan kerajaan negeri sekarang tiada keabsahan.

Advertisement
Beliau turut mengakui ada lima daripada 18 Adun BN tidak menyokong keputusan tersebut, tanpa menyatakan nama Adun yang terlibat.

Keempat-empat presiden parti komponen dalam GRS itu mengesahkan bahawa Adun Sabah daripada GRS tetap berdiri teguh menyokong penuh kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Advertisement
Kenyataan bersama itu berkata GRS adalah sebuah parti politik dengan jumlah Adun paling banyak dalam Dewan Undangan Negeri Sabah serta menyatakan penghargaan terhadap sokongan Adun lain terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri termasuk sokongan kolektif Adun Pakatan Harapan (PH), Adun BN, Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) dan Adun Dilantik.

“Komitmen padu ini berpaksikan kepada kesedaran bahawa kepentingan rakyat dan negeri seharusnya diutamakan berbanding kepentingan sempit kepartian dan individu,” kata mereka serta menambah adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menghormati mandat rakyat pada PRN Sabah ke-16.

Dalam kenyataan bersama itu juga, empat pemimpin parti komponen GRS itu berpendapat tindakan BN menarik sokongan terhadap Hajiji adalah susulan daripada kegagalan perancangan awal mereka pada 5 Jan lepas.

“Sebarang gerakan membentuk kerajaan dari pintu belakang dan tidak melalui proses pilihan raya adalah tindakan mengkhianati mandat rakyat dan seharusnya ditolak,” kata mereka dalam kenyataan itu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here