Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kerja pasang pembetung kotak bermula
Published on: Tuesday, January 10, 2023
Published on: Tue, Jan 10, 2023
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Kerja pasang pembetung kotak bermula
Kontraktor Lintasan Resources Sdn Bhd memasang pembetung kotak.
RANAU: Kerja-kerja pemasangan pembetung kotak sementara di jalan putus berhampiran River Side Mart akibat banjir, kini telah bermula.

Tinjauan media di lokasi mendapati kontraktor Lintasan Resources Sdn Bhd bekerja keras untuk menyiapkan jalan itu sejak 6 Januari.

Advertisement
Sebanyak 20 pembetung kotak akan dipasang di sepanjang laluan yang terputus dan akan mengambil masa lebih kurang 14 hari untuk disiapkan.

Kerja-kerja pembaikan setakat Isnin telah mencapai kemajuan lebih 30 peratus dan dijangka siap lebih awal daripada masa yang ditetapkan, bergantung kepada keadaan cuaca.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Haji Arman Abd Muin, berkata bagi mengatasi masalah jalan putus berulang di lokasi itu, ‘jambatan bailey’ akan dipasang sebagai ‘lencongan sementara’.

“JKR Sabah telah memaklumkan dan memanjangkan cadangan itu kepada Kementerian Kerja Raya peringkat Persekutuan hari ini sebagai pemilik aset jalan persekutuan,” jelas Arman, ketika ditemui media, di lokasi kejadian, Khamis lalu.

Advertisement
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam 4 Januari lalu, pembetung di kawasan KM 109.378, Jalan Kota Kinabalu - Sandakan, runtuh dan jalan terputus akibat hujan lebat berterusan pada hari itu.

Susulan kejadian itu, laluan itu ditutup untuk semua jenis kenderaan, menjadikan Jalan Sinarut Baru - Tagudon Baru, serta jalan pintas gereja SIB sebagai laluan alternatif.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here