Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Tepat masanya tambah jawatan hakim Mahkamah Tinggi: Hajiji
Published on: Thursday, January 19, 2023
Published on: Thu, Jan 19, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tepat masanya tambah jawatan hakim Mahkamah Tinggi: Hajiji
Hajiji berkata ia merupakan langkah yang baik bagi menangani kes mahkamah yang semakin meningkat di Negeri Di Bawah Bayu itu.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan cadangan kerajaan Persekutuan untuk menambah jawatan hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak serta menambah baik keadaan bangunan mahkamah di kedua-dua negeri itu. Hajiji berkata ia merupakan langkah yang baik bagi menangani kes mahkamah yang semakin meningkat di Negeri Di Bawah Bayu itu.

“Cadangan itu merupakan satu keputusan yang baik dan bijak bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memberi keutamaan kepada Sabah dan Sarawak untuk menangani peningkatan kes.

Advertisement
“Sudah tiba masanya pertimbangan diberikan untuk meneliti keperluan bangunan mahkamah di Sabah yang didapati berada dalam keadaan daif,” katanya dalam jawapan WhatsApp kepada Bernama.
Anwar pada Rabu berkata kerajaan sedang meneliti keperluan untuk menambah jawatan hakim Mahkamah Tinggi bagi Sabah dan Sarawak berikutan peningkatan jumlah kes. Presiden Pertubuhan Undang-Undang Sabah (SLS) Roger Chin juga mengalu-alukan langkah kerajaan Persekutuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun, beliau juga meminta kerajaan Persekutuan meneliti perkara lain berkaitan hakim, mahkamah dan undang-undang di Sabah iaitu pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman dan keperluan mengekalkan perwakilan Sabah dan Sarawak yang mencukupi di Mahkamah Rayuan. “SLS menggesa pengembalian kuasa dan hak Sabah dan Sarawak dengan mengembalikan kuasa Yang Dipertua Negeri untuk melantik Pesuruhjaya Kehakiman seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan sebelum 1994,” kata Chin. –Bernama

Advertisement
Beliau mencadangkan agar kerajaan mengkaji untuk mengangkat Mahkamah Anak Negeri Sabah setanding dengan Mahkamah Syariah dan membenarkan peguam yang diiktiraf oleh Ordinan Peguam Bela negeri menyertai Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di negara ini.

Chin juga memuji komitmen kerajaan Persekutuan untuk memenuhi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti yang terbukti daripada pengumuman rancangan Sabah baru-baru ini untuk mengawal selia bekalan elektrik dan gas sendiri dengan menubuhkan Suruhanjaya Tenaga Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here