Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Maritim Tawau gagalkan cubaan seludup 17 tong gas
Published on: Monday, February 06, 2023
Published on: Mon, Feb 06, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Maritim Tawau gagalkan cubaan seludup 17 tong gas
Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan dan aset-aset ronda akan sentiasa bersiap sedia diatur gerak pada bila-bila masa untuk menghadapi sebarang situasi. - FOTO Bernama untuk ilustrasi sahaja.
TAWAU: Cubaan seorang lelaki warga tempatan, 22, menyeludup keluar 17 tong gas petroleum cecair (LPG) yang dibalut dengan guni, gagal apabila bot kargonya ditahan di muara Sg Melayu sekitar jam 6 petang, Sabtu lalu.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Sejahtera dan Ops Pluto Timur berjaya mengesan bot suspek dalam keadaan mencurigakan.

Advertisement
“Bot kargo tempatan itu bergerak laju dari Perairan Tawau menuju ke Pulau Sebatik. Pemeriksaan awal ke atas bot tersebut didapati membawa muatan 17 tong gas LPG 14 kilogram berisi yang dibalut dengan guni,” katanya.

Menurutnya, juragan bot gagal mengemukakan permit serta lesen yang sah berkaitan barang kawalan yang dibawanya, dianggarkan bernilai RM3,600.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Shahrizan berkata, suspek bersama bot dan muatannya dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, kesemua barangan iaitu bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dianggarkan bernilai RM28,000, termasuk tong gas  sebanyak RM3,600.

Advertisement
Mengulas lanjut, beliau berkata,penguatkuasaaan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang khususnya di perairan Tawau.

Katanya, Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan dan aset-aset ronda akan sentiasa bersiap sedia diatur gerak pada bila-bila masa untuk menghadapi sebarang situasi.

Advertisement
Sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here