Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
MCA kekal sokong pimpinan Hajiji
Published on: Sunday, February 12, 2023
Published on: Sun, Feb 12, 2023
Text Size:
Text:
MCA kekal sokong pimpinan Hajiji
Lu Yen Tung (kiri), Masiung Banah (kanan)
Kota Kinabalu: MCA Sabah mengulangi sokongannya kepada Kerajaan Negeri yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengerusinya Lu Yen Tung berkata pendirian itu dicapai semasa mesyuarat dalam kalangan Pengerusi MCA Bahagian Sabah dan disahkan oleh Jawatankuasa Pusat MCA dalam satu mesyuarat pada Sabtu.

Advertisement
Bulan lepas, Barisan Nasional (BN) Sabah yang diketuai oleh Ketuanya Datuk Seri Bung Moktar Radin telah cuba untuk menjatuhkan kerajaan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Lu berkata parti itu tidak pernah terlibat dalam sebarang usaha untuk menggulingkan Kerajaan Negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Melaksanakan peranan kami dengan bersungguh-sungguh, MCA Sabah ber-fungsi sebagai jambatan penghubung antara Kerajaan Negeri dan rakyat.

“Kami akan membantu Kerajaan Negeri melaksanakan dasar dan menyuarakan pendapat rakyat bagi memastikan prinsip kepelbagaian, kesederhanaan dan keadilan untuk menjaga hak semua rakyat Sabah ditegakkan, sambil berusaha untuk menggalakkan pembangunan ekonomi negeri, untuk memacu Sabah ke hadapan.

Advertisement
“Dalam semangat Perjanjian Malaysia, Jawatankuasa Pusat parti telah memperkasakan MCA Sabah dengan autonomi yang lebih luas. Memanfaatkan autonomi ini, MCA Sabah akan menyumbang cadangan ke arah penggubalan dasar Sabah untuk menjaga hak dan kepentingan semua rakyat Sabah,” katanya pada Sabtu.

Lu juga berkata di bawah kepimpinan Hajiji, pertumbuhan Sabah telah diberi rangsangan, dan kini menjurus ke arah kemakmuran dan kemajuan.

Advertisement
Sementara itu, Datuk Masiung Banah telah mengambil keputusan untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) selepas menjadi Adun Bebas selama tiga tahun.

“Setelah mengambil masa bertenang sambil mengambil kira pandangan rakan pimpinan daripada kawasan saya di Kuamut, saya akhirnya menerima tawaran sebagai Naib Presiden PGRS, “ jelasnya.

Beliau ditemui sejurus tiba di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu pada Jumaat, selepas mengetuai delegasi pegawai kerajaan dan pemimpin daerah Tongod dalam lawatan enam hari di Manila, Filipina. Pada mesyuarat Agung Luar Biasa  (EGM) PGRS 5 Mac lalu, Masiung diumumkan sebagai Naib Presiden bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Arifin Arif dan Adun Kemabong, Datuk Rubin Balang. “Saya merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri atas kepercayaan meletakan saya sebagai ‘top five’ dalam kepimpinan tertinggi PGRS,” jelasnya. Wakil rakyat Kuamut itu menggariskan empat sebab utama untuk beliau bersama dalam barisan kepimpinan tertinggi PGRS. “Pertama, saya mempunyai keyakinan tinggi dengan keupayaan Hajiji, yang juga presiden parti, untuk menyatukan parti-parti tempatan dan nasional di bawah naungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). “Kedua, barisan pimpinan GRS yang diterajui PGRS, Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Usno yang menjalinkan Kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menjadi perisai Ketua Menteri menstabilkan politik Sabah yang bercelaru sebelum ini. “Selain itu, hubungan kerjasama sedia terjalin antara pemimpin kerajaan Sabah dan Persekutuan akan memudahkan program pembangunan rakyat dapat dicapai menerusi konsep Sabah Maju Jaya (SMJ). “Kerajaan GRS di bawah pimpinan Hajiji juga sedang dalam proses akhir menyelesaikan isu (MA63),” katanya.

Jelas Masiung, perkara paling penting adalah meneruskan agenda kerajaan Sabah untuk membangunkan penduduk luar bandar secara bersasar, seiring agenda Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here