Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penghuni setuju pindah Julai: LPPB
Published on: Tuesday, February 14, 2023
Published on: Tue, Feb 14, 2023
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Penghuni setuju pindah Julai: LPPB
“Cadangan kedua perunding ialah untuk merobohkan bangunan rumah pangsa itu kerana tidak lagi selamat dan bila-bila masa siling mungkin jatuh dan sebagainya, dan kita bimbang ada penghuni yang cedera,” Masiung berkata.
Kota Kinabalu: Semua penduduk rumah pangsa kos rendah Tanjung Aru di sini, yang diisytiharkan tidak selamat untuk didiami, akan mengosongkan tempat itu pada Julai tahun ini, selepas Hari Raya Aidiladha, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (LPPB), Datuk Masiung Banah.

Perkara itu telah dipersetujui antara penghuni dan LPPB, katanya, sambil menambah rundingan antara penghuni dan pegawai LPPB masih diteruskan dan berjalan dengan baik.

Advertisement
“Penghuni (Rumah Pangsa Tanjung Aru) telah memberikan kerjasama yang baik kepada kami (LPPB).

“Setakat ini 40-50 penyewa telah keluar secara sukarela dan ada lagi penghuni yang meminta penangguhan bagi membolehkan mereka menyambut bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri serta Hari Raya Aidiladha.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mereka (penghuni) sudah memahami situasi yang dihadapi dan telah memberikan kerjasama yang baik.

“Mengikut pemahaman kita, kita akan beri tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidiladha untuk mereka keluar.

Advertisement
“Itu atas permintaan mereka dan saya telah mengarahkan pegawai saya untuk memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permintaan mereka,” katanya sambil menambah terdapat kira-kira 100 hingga 200 atau lebih penyewa yang masih belum berpindah.

Masiung memberitahu perkara itu kepada pemberita ketika ditanya perkembangan terkini isu tersebut selepas beliau menghadiri sesi merasa Menu Rahmah di Restoran Pak Mus di Plaza Tanjung Aru, di sini, Isnin.

Advertisement
Menurutnya, perkembangan terbaru ini susulan laporan salah seorang perunding yang dilantik berdasarkan keputusan bersama antara penghuni dan LPPB.

“Perunding telah mengesyorkan supaya bangunan rumah pangsa itu dirobohkan kerana jika dibaiki, kosnya sangat tinggi sehingga mencecah RM20 juta, yang mana LPPB tidak mempunyai kapasiti untuk itu.

“Cadangan kedua perunding ialah untuk merobohkan bangunan rumah pangsa itu kerana tidak lagi selamat dan bila-bila masa siling mungkin jatuh dan sebagainya, dan kita bimbang ada penghuni yang cedera,” katanya.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here