Kota Kinabalu: SM St Michael (SMSM) menjuarai Kejohanan Mini Ragbi SMSM 10 Sebelah Bawah-15 Piala Datuk Ewon Benedick yang diadakan di Kompleks Sukan Penampang pada Sabtu lalu.
Di tempat kedua ialah SM La Salle diikuti oleh SMK Tansau di tempat ketiga, manakala Lioness A merangkul gelaran Bawah 16 perempuan dengan SMSM A di tempat kedua dan SMK Takis di tempat ketiga.
Ewon yang hadir pada majlis penutupan untuk menyampaikan hadiah itu berkata, beliau mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pihak sekolah sebagai bekas pelajar dan berharap program itu akan diteruskan pada masa akan datang.
Turut hadir Pengetua SMSM Jennifer Asing.