Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
‘Sokongan BN kukuhkan kedudukan kerajaan Negeri’
Published on: Wednesday, February 15, 2023
Published on: Wed, Feb 15, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Sokongan BN kukuhkan kedudukan kerajaan Negeri’
Hajiji juga berkata pihaknya tidak mempunyai masalah jika Ahli Dewan Undangan Negeri Sepanggar Datuk Yakub Khan, yang juga Timbalan Pengerusi BN Sabah, dipilih mewakili BN dalam barisan Kabinet negeri.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata sokongan Barisan Nasional (BN) pusat terhadap Kerajaan Perpaduan di Sabah akan mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan negeri pimpinan beliau.

“Baguslah… jadi ini bermakna kerajaan negeri akan bertambah kukuh dalam konsep Kerajaan Perpaduan yang dipelopori oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Membangun Malaysia Madani di sini hari pada Selasa.

Advertisement
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dua hari lepas bahawa gabungan politik itu menyokong Kerajaan Perpaduan negeri di bawah pimpinan Hajiji.

Menyentuh cubaan menjatuhkan kerajaan negeri sebelum ini, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah itu berkata dalam politik tidak perlu menyimpan perasaan dendam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“ …yang penting rakyat dan negeri Sabah. Itulah perlunya pemimpin fokus kepada penyatuan rakyat serta pembangunan negeri supaya aktiviti ekonomi kita bertambah rancak dan rakyat akan mendapat manfaat. Ini tujuan kita berjuang dan berpolitik,” katanya.

Hajiji juga berkata pihaknya tidak mempunyai masalah jika Ahli Dewan Undangan Negeri Sepanggar Datuk Yakub Khan, yang juga Timbalan Pengerusi BN Sabah, dipilih mewakili BN dalam barisan Kabinet negeri.

Advertisement
“Kita tidak ada masalah, yang penting ia baik untuk rakyat dan negeri Sabah. Saya terbuka dalam hal-hal seumpama ini kerana niat saya mahu menyejahterakan rakyat sekali gus memajukan negeri ini,” katanya.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Datuk Arthur Kurup pula berkata parti itu kekal menyokong kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri dan akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan agenda pembangunan negeri dalam Kerajaan Perpaduan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here