Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hajiji secara rasmi jadi ketua PGRS
Published on: Thursday, February 16, 2023
Published on: Thu, Feb 16, 2023
Text Size:
Text:
Hajiji secara rasmi jadi ketua PGRS
HAJIJI (tengah) bersama ahli Majlis Tertinggi PGRS yang baharu. Berjaket hitam ialah Jimbangan.
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor secara rasmi mengambil alih teraju Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu di Kota Kinabalu pada 5 Feb.

Dengan langkah itu semua ahli kini mempunyai platform politik yang 100 peratus tempatan untuk meneruskan perjuangan mereka bagi rakyat dan Negeri.

Advertisement
“Dua ciri utama Gagasan Rakyat yang menarik minat saya dan rakan-rakan untuk bersama parti ini ialah parti berbilang kaum yang melambangkan keterangkuman dan ia parti yang mewakili suara rakyat Sabah dan bersamanya, perjuangan tempatan,” kata Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Faktor-faktor ini meyakinkan rakan kongsi dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menerima Gagasan Rakyat sebagai rakan komponen terbaru mereka, katanya pada EGM Gagasan Rakyat yang dihadiri lebih 150 ahli di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Lagipun, mereka (parti komponen GRS) sudah lama menyatakan hasrat agar GRS menjadi platform tempatan dalam erti kata sebenar, iaitu semua rakan kongsi parti tempatan. Kini kami 100 peratus tempatan.”

Hajiji berkata agenda Gagasan Rakyat juga selaras dengan empat tonggak perjuangan GRS – Sabah First; Sabah Forward; Sabah Prosper; dan Sabah United.

Advertisement
“Sebagai parti tempatan ia tidak bermakna kita menolak agenda negara atau membelakangkan kepentingan negara. Malaysia adalah tanah air kita.

“Namun begitu, matlamat asal pembentukan Malaysia adalah untuk membawa kemajuan kepada rakyat dan Sabah,” katanya.

Advertisement
“Hari ini, dan sempena 2023 yang menandakan ulang tahun 60 tahun pembentukan Malaysia, kami yakin dan benar-benar percaya bahawa platform tempatan adalah yang terbaik untuk Sabah.

“Kami memilih dan memutuskan bahawa formula tempatan mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan perjuangan negeri dalam Persekutuan Malaysia.

“Kami mahukan pelaksanaan sistem federalisme lebih berharga dan bermakna berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Atas sebab ini, kami akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menerima dan mengutamakan kepentingan Sabah.

“Apa yang lebih penting bagi kita adalah mendapat pengiktirafan dan pelaksanaan hak, kuasa serta kedudukan istimewa Sabah seperti yang termaktub dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, undang-undang yang melahirkan Persekutuan Malaysia iaitu MA63. Tiada Malaysia tanpa MA63,” katanya.

“Kami bersyukur kerana kepimpinan tertinggi negara, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim komited untuk menunaikan tanggungjawab Putrajaya untuk melaksanakan MA63. Beliau masih belum memegang jawatan selama 100 hari dan kita sudah melihat perkembangan ketara. Kami akan terus meningkatkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membina Sabah dan Malaysia Madani yang progresif,” katanya lagi.

Hajiji berkata beliau akan menerangkan dengan lebih terperinci hala tuju Gagasan Rakyat pada pelancaran parti itu yang akan datang pada 2 Mac.

Gagasan Rakyat kini akan mewujudkan struktur organisasi parti di semua 73 DUN termasuk pembentukan sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis parti.

Mesyuarat agung tahunan setiap cawangan dan bahagian dijadualkan pada Julai dan September, dan diakhiri dengan Kongres Tahunan pada November.

Hajiji mengucapkan terima kasih kepada bekas presiden parti, Stephen Jimbangan dan barisan kepimpinannya atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap beliau dan atas kesediaannya berkorban demi kebaikan Sabah dan rakyat.

Hajiji juga mengumumkan barisan Majlis Tertinggi dengan beberapa lagi akan dilantik dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden Gagasan Rakyat ialah Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Menteri Kewangan Sabah. Juga berada dalam majlis itu ialah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif sebagai Naib Presiden I, Datuk Rubin Balang sebagai Naib Presiden II dan Datuk Masiung Banah sebagai Naib Presiden III, manakala Datuk Redonah Bahanda ialah Ketua Wanita, Datuk Fairuz Renddan Ketua Pemuda dan Emmie M. Idang, Ketua Beliawanis.

Turut dilantik ialah Datuk Mohd Razali Razi sebagai Setiausaha Kehormat, Stephan Jacob Jimbangan sebagai Timbalan Setiausaha Kehormat, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar sebagai Bendahari Kehormat, Datuk Tahir Picho sebagai Timbalan Bendahari Kehormat dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan sebagai Ketua Penerangan.

Juga berada dalam Majlis Tertinggi sebagai ahli adalah Datuk Isnin Aliasnih @ Liasnih, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, Samad Jambri @ Jamri, Dato’ Sri Ruddy Awah, Hassan A Gani Pg Amir, Datuk Limus Jury, Datuk Jaffari Waliam, Senator Datuk John Ambrose, Senator Datuk Bobbey Suan, Datuk Mohd Basri Abdul Gafar, Sotijin Juhui, Maksit Saidi, Datuk Japlin Akim, Datuk Haji Abdul Hakim Gulam Hassan, Datuk Faisyal Yusof Hamdain Diego, Dato’ Seri Dr Arsit Sedi @ Sidi, Datuk Abdul Karim Abdul Wahid, Datuk Azman Ruslan, Datuk Awang Kadin Tang, dan Datuk Maijol Mahap.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here