Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
MoU pemindahan kredit SIA-UTS
Published on: Saturday, February 18, 2023
Published on: Sat, Feb 18, 2023
Text Size:
Text:
MoU pemindahan kredit SIA-UTS
DARI kiri: Haris Fadzilah, Khairuddin, Wilso dan Dayang Mashuri.
Kota Kinabalu: Pelajar Sabah tidak lama lagi akan dapat memindahkan kredit kursus mereka ke Universiti Teknologi Sarawak (UTS) melalui Institut Seni Sabah (SIA), berikutan penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua institusi.

Pada masa sama, MoU itu membolehkan SIA menawarkan kursus UTS untuk memenuhi permintaan pelajar tempatan, kata Presiden SIA Prof Dato’ Sri Wilson Yong Tung Yung selepas majlis menandatangani MoU itu dengan Naib Canselor UTS Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid.

Advertisement
MoU membabitkan kerjasama dalam membangunkan dan menyediakan program latihan akademik dan vokasional, program pertukaran pelajar dan pensyarah serta penerbitan penyelidikan bersama.

Khairuddin berkata kedua-dua pihak akan memperluaskan skop pemindahan kredit sambil mengekalkan kualiti pendidikan. Ini termasuk mengiktiraf sijil diploma dan kredit kursus reka bentuk grafik, reka bentuk dalaman dan program seni bina di SIA, dan membolehkan pelajar mereka melanjutkan pengajian mereka ke UTS.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata UTS kini mempunyai pusat pembelajaran di Kuala Lumpur dan berminat untuk mewujudkan sebuah lagi di SIA bagi membolehkan lebih ramai pelajar mengikuti kursus tertentu di dalam negara.

“Kami telah berbincang mengenai pewujudan pusat pembelajaran di Sabah selama beberapa bulan.

Advertisement
“Pada masa ini, kita perlu melengkapkan proses dan prosedur yang diperlukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

“Kami akan meluaskan skop kerjasama kami pada masa hadapan,” katanya.

Advertisement
UTS juga berhasrat untuk mengambil pelajar China melalui rangkaian luas SIA dengan komuniti pendidikan di China.

Turut hadir dekan Sekolah Alam Bina UTS Prof Madya Haris Fadzilah Abdul Rahman, ketua program Reka Bentuk Dalaman Annie Jaid Parker, eksekutif kanan Pentadbiran Korporat Mohd Ian Daim Mahmud, pensyarah Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Dayang Zuhaiza, ketua pegawai eksekutif SIA Dayang Mahsuri Abdul Rahim dan ketua pegawai operasi Jay Roy W. Anggang.

Yong berkata SIA ditubuhkan 33 tahun lalu dan merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi tempatan yang menawarkan lima program seni dan reka bentuk utama. Kursus utamanya termasuk seni bina, reka bentuk dalaman, reka bentuk grafik, reka bentuk fesyen dan pengajian muzik.

“Kami telah memformalkan pemindahan kredit untuk seni bina, reka bentuk dalaman dan kursus lain.

“Pencapaian seterusnya dalam kerjasama kami dengan UTS adalah untuk menubuhkan pusat pembelajaran bagi universiti Sarawak ini untuk melaksanakan program ijazah reka bentuk seni bina dan reka bentuk dalaman di SIA.”

Beliau mengulangi bahawa SIA baru-baru ini ditauliahkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk mengurus dan mengendalikan Malaysian University English Test (Muet) di China.

Beliau berkata langkah itu akan memudahkan kemasukan pelajar China ke institusi pengajian tinggi Malaysia.

Yong berharap untuk mengembangkan pusat ujian Muet ke negara-negara Asean seperti Filipina dan Indonesia, sambil menambah bahawa beliau juga akan membantu UTS dalam mengambil pelajar hCina.

Beliau berkata MoU itu merupakan batu loncatan penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi bukan sahaja untuk kedua-dua institut, tetapi juga untuk Sabah dan Sarawak serta negara.

Perwakilan Sarawak dibawa melawat ke SIA untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan dan program akademiknya selepas majlis itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here