Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jangan takut buat pinjaman majukan perniagaan: Ewon
Published on: Monday, February 20, 2023
Published on: Mon, Feb 20, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Jangan takut buat pinjaman majukan perniagaan: Ewon
Ewon berkata usahawan dan koperasi juga perlu bertindak cepat dalam mendapatkan sesuatu pinjaman perniagaan terutama melibatkan agensi kerajaan kerana terdapat pembiayaan yang mempunyai had peruntukan tertentu berdasarkan belanjawan tahunan negara.
Tuaran: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menasihatkan usahawan dan koperasi yang berdaya maju di negara ini supaya tidak takut untuk mendapatkan pinjaman bagi memajukan perniagaan masing-masing.

Katanya pembiayaan pinjaman terutama disediakan kerajaan serta agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) bertujuan membantu memajukan usahawan dan koperasi terlibat, dan tidak sepatutnya dianggap sebagai ‘hutang’ yang menyukarkan perniagaan mereka.

Advertisement
Ewon berkata beliau sendiri pernah berdepan dengan usahawan dan koperasi yang takut untuk membuat pinjaman kerana takut dengan komitmen bayaran semula pinjaman bulanan, sedangkan perniagaan mereka amat berpotensi dimajukan malah mampu membayar pinjaman bulanan ditetapkan.

“Terdapat 66 agensi seluruh negara melaksanakan pembiayaan keusahawanan dan 10 agensi ini bawah Kuskop. Sudah tentu disediakan banyak peluang untuk usahawan dan koperasi di negara ini terutama di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tetapi jadilah usahawan bijak yang mohon pembiayaan (perniagaan) untuk betul-betul laksana serta majukan perniagaan dan tidak pernah putus asa,” katanya berucap merasmikan Program Santai Namun Sampai, Kembara Memperkasa Usahawan Koperasi di sini pada Ahad.

Ewon berkata usahawan dan koperasi juga perlu bertindak cepat dalam mendapatkan sesuatu pinjaman perniagaan terutama melibatkan agensi kerajaan kerana terdapat pembiayaan yang mempunyai had peruntukan tertentu berdasarkan belanjawan tahunan negara.

Advertisement
“Selepas Bajet 2023 dibentang semula pada 24 Feb (Jumaat ini) nanti, kita tahu sudah peruntukan disalurkan kepada agensi berkaitan termasuk pembiayaan, tetapi jangan pula tunggu hujung tahun, baru mahu mohon pembiayaan ini,” katanya.

Beliau berkata pihaknya pada masa ini juga sedang berusaha untuk mewujudkan skim pembiayaan yang khusus bagi usahawan dan koperasi di Sabah serta Sarawak.

Advertisement
“Pada masa ini kita tingkat kesedaran dahulu terutama bagi usahawan yang tinggal di pedalaman (Sabah dan Sarawak) yang tidak mengetahui kewujudan pembiayaan yang tersedia untuk mereka, sesi libat urus perlu dilakukan dengan mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata sambutan perayaan seperti Pesta Kaamatan dan Hari Gawai merupakan antara masa yang sesuai untuk mengadakan sesi libat urus dengan penduduk terlibat, antaranya dengan menyediakan reruai penyampaian maklumat dan permohonan bantuan serta pembiayaan di kawasan sambutan tersebut. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here