Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pendekkan tempoh tunai haji, cadang Ismail Sabri
Published on: Tuesday, February 21, 2023
Published on: Tue, Feb 21, 2023
By: FMT, Nora Mahpar
Text Size:
Text:
Pendekkan tempoh tunai haji, cadang Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Tabung Haji mengkaji semula tempoh ibadah haji dengan mencadangkan beberapa pakej berbanding tempoh 40 hari ketika ini.
Kuala Lumpur: Tabung Haji (TH) digesa mengkaji semula tempoh ibadah haji yang kini ditetapkan selama 40 hari untuk jemaahnya, kepada tempoh lebih singkat.

Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, yang mencadangkan perkara itu berkata jemaah haji boleh memilih empat pakej – 14 hari, 21 hari, 30 hari atau 40 hari – bergantung kepada kedudukan kewangan dan pekerjaan mereka.

Advertisement
Ini kerana, katanya, jangka masa terlalu lama di Tanah Suci menyebabkan kos tinggi, sekali gus membebankan jumlah subsidi kerajaan serta perbelanjaan ditanggung jemaah.

“Rukun haji boleh dibuat dalam masa empat hari saja, kalau 14 hari ada masa lagi untuk ziarah ke Madinah, mengerjakan umrah, dan sebagainya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jika ia dapat disingkatkan, saya percaya ramai yang mampu mengerjakan haji kerana kos mengerjakan haji akan berkurangan daripada sekarang.

“Kalau 14 hari mungkin satu pertiga saja daripada kos hari ini, jadi B40 lebih mudah untuk tunaikan haji,” katanya di Dewan Rakyat, sambil menambah kos menunaikan haji dijangka terus meningkat ekoran naik taraf penempatan jemaah di Tanah Suci.

Advertisement
Tambahnya, pakej itu juga memudahkan mereka yang bekerja di sektor swasta, selain tidak menjejaskan pendapatan peniaga mikro kerana perlu menutup perniagaan untuk tempoh lama.

“Peniaga mikro terpaksa tinggalkan perniagaan lebih 40 hari, ianya menyusahkan mereka dan menjejaskan pendapatan mereka dan kalau ada pilihan ini mereka boleh buat pilihan sesuai dengan pekerjaan mereka,” katanya.

Advertisement
Pada musim haji 2022, kerajaan menetapkan bayaran RM10,980 bagi kumpulan B40 dan RM12,980 bagi M40.

Selain itu, Ismail (BN-Bera) mencadangkan agar Akta Tabung Haji 1995 dikaji semula memandangkan undang-undang yang ada sudah terlalu lama dan tidak relevan dengan keadaan semasa.

“Dalam akta sekarang tiada peruntukan untuk patuh syariah dan tadbir urus diwartakan dalam akta sedia ada walaupun TH pada asasnya perlu patuh syariah,” katanya ia bagi memastikan dana TH sebanyak RM88 bilion dapat diurus dengan sempurna.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here