Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan akan pastikan infrastruktur bersempadan Kalimantan bernilai strategik
Published on: Thursday, March 02, 2023
Published on: Thu, Mar 02, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerajaan akan pastikan infrastruktur bersempadan Kalimantan bernilai strategik
Rafizi mejawab soalan tambahan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) yang ingin tahu cabaran yang bakal dihadapi dalam merealisasi rancangan strategik yang dirangka serta pelan tindakan awal bagi menangani cabaran tersebut. - FOTO Malay Mail.
Kuala Lumpur: Kerajaan komited memastikan insfrastruktur yang dibina di Sabah dan Sarawak bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia, bernilai strategik bagi menarik minat pelabur, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.Ia adalah susulan Nusantara yang terletak di Kalimantan akan menjadi ibu negara baharu Indonesia.

Advertisement
Beliau berkata kerajaan telah mengenal pasti beberapa inisiatif untuk meningkatkan ketersambungan infrastruktur dan memperkukuhkan keselamatan sempadan dan maritim.

“Negeri Sabah telah diluluskan peruntukan pembangunan asas sebanyak hampir RM5.68 bilion pada 2022 bagi pelaksanaan sejumlah 1,142 projek di bawah pelbagai kementerian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Harapan kita ialah dengan adanya infrastruktur ini, ia akan mula menarik peniaga dan orang ramai supaya menggunakan ketersambungan insfrastruktur di kedua-dua negara, (Malaysia dan Indonesia),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau mejawab soalan tambahan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) yang ingin tahu cabaran yang bakal dihadapi dalam merealisasi rancangan strategik yang dirangka serta pelan tindakan awal bagi menangani cabaran tersebut.

Advertisement
Sementara itu, Rafizi berkata kerajaan juga turut merancang menjadikan Labuan sebagai sebuah pusat kewangan bagi menarik lebih banyak peryertaan daripada pelabur dan syarikat swasta menggunakan infrastruktur di wilayah itu.

“Sudah tentu bila ada isyarat yang jelas daripada kerajaan bahawa kawasan dan pembangunan sempadan ini akan menjadi tumpuan dan seterusnya merancakkan lagi pelaburan. Saya melihatnya sebagai satu peluang kepada Labuan sebagai pusat kewangan persisir pantai untuk Malaysia menarik lebih banyak penyertaan,” katanya. Bagi menarik pelaburan, perdagangan dan perindustrian serta meningkatkan aktiviti perniagaan di kawasan sempadan, kerajaan menyedari bahawa faktor keselamatan adalah amat penting.

Advertisement
“Justeru, kerajaan akan terus meneliti keperluan pembinaan pos kawalan sempadan dan pos keselamatan di sepanjang sempadan Sabah-Sarawak-Kalimantan dari semasa ke semasa seiring dengan perancangan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Negeri,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here