Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
MA63. Pemberian khas sedang diselaras: Armizan
Published on: Monday, March 06, 2023
Published on: Mon, Mar 06, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
MA63. Pemberian khas sedang diselaras: Armizan
“Sebaik sahaja ada keputusan muktamad, saya yakin Perdana Menteri akan umumkan kadar pertambahan pemberian khas itu yang saya cukup yakin melebihi 100 peratus untuk kepentingan masyarakat Sabah dan Sarawak,” Armizan berkata.
BACHOK: Pemberian khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak sedang diselaras oleh Kementerian Kewangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata ketika ini, Kerajaan Persekutuan serta kedua-dua negeri berunding untuk memuktamadkan fomula dan indikator yang digunakan bagi menentukan kadar peningkatan pemberian khas itu.

Advertisement
“Telah ada persetujuan secara prinsip bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meningkatkan pemberian khas itu melalui semakan.

“Sebaik sahaja ada keputusan muktamad, saya yakin Perdana Menteri akan umumkan kadar pertambahan pemberian khas itu yang saya cukup yakin melebihi 100 peratus untuk kepentingan masyarakat Sabah dan Sarawak,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-13 Tahun 2022 di Universiti Malaysia Kelantan di sini pada Ahad.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berkata Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan jumlah pemberian khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada RM300 juta.

Advertisement
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata jumlah itu adalah pembayaran peringkat awal sebelum satu formula khusus diumumkan dan prinsip pemberian tersebut diputuskan oleh pemimpin terdahulu yang melihat kedudukan kedua-dua negeri semasa pembentukan Malaysia lebih mundur ketika itu.

Mengulas lanjut, Armizan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan supaya 28 isu tertunggak sejak 2016 disusun semula oleh setiap agensi yang terlibat.
Advertisement
“Perdana Menteri tidak mahu berbalik pada rundingan awal… oleh sebab itu, kita dapat lihat beberapa pengumuman telah dilaksanakan dan selesai apabila keputusan disepakati oleh Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here