Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Maritim tahan bot bawa PATI
Published on: Tuesday, March 14, 2023
Published on: Tue, Mar 14, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Maritim tahan bot bawa PATI
BOT itu dikesan berhampiran Pulau Libaran.
SANDAKAN: Sebuah bot kargo tempatan disyaki cuba membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan, petang Ahad.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, bot kargo terbabit ditahan sekitar pukul 4.30 petang di kedudukan lebih kurang 0.3 batu nautika barat daya Pulau Libaran.

Advertisement
Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikemudi tekong lelaki warga tempatan berumur 42 tahun disyaki melakukan perjalanan dari Pulau Boan, Filipina menuju ke Sandakan.

“Pemeriksaan juga menemukan penumpang terdiri daripada tiga lelaki berumur 35 hingga 63 tahun, dan tiga wanita berumur 22 hingga 60 tahun.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Seorang daripadanya pemegang pas IMM13 manakala lima lagi disyaki warga Filipina tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati lesen bot yang membawa PATI berkenaan telah tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan kepada media, Ahad.

Advertisement
Bot berserta penumpang dan tekong ditahan dan diiring ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah 2002.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here