Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tip of Borneo dibuka semula April
Published on: Friday, March 24, 2023
Published on: Fri, Mar 24, 2023
Text Size:
Text:
Tip of Borneo dibuka semula April
LIEW (tengah) bersama rombongannya di platform untuk glob. Gambar kecil: Glob itu bakal dicat semula.
KUDAT: Tip of Borneo (juga dikenali sebagai Tanjung Simpang Mengayau) akan dibuka semula kepada orang awam pada minggu pertama April tahun ini.

Ia selepas fasa pertama projek penaiktarafannya oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) siap pada hujung bulan ini.

Advertisement
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew mengumumkan perkara itu pada Rabu, selepas pemeriksaan tapak bagi memantau perkembangan kerja dan taklimat mengenai skop kerja penyiapan bahagian oleh Arkitek Projek Kanan Arkitek Summaz Neil Marsoh.

Beliau berkata, kemudahan yang ditambah baik termasuk laluan pejalan kaki berbumbung baharu untuk menggantikan laluan sedia ada, tandas untuk orang kurang upaya dan platform cerap, lengkap dengan tiang elektrik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Keselamatan pelancong dan pelawat adalah amat penting. Pagar perintang mesti dipasang di platform cerap.

"Kawasan dilarang buat masa ini mesti dipasangkan perintang sehingga masanya akses awam dibenarkan," kata Liew, sambil menekankan penyelenggaraan kebersihan alam sekitar dan pengurusan sisa marin.

Advertisement
Sementara itu, Menteri menjelaskan bahawa kerja-kerja menaik taraf Fasa Satu tidak pernah berhenti sepenuhnya (seperti yang didakwa pihak tertentu) sejak dilaksanakan pada 5 Disember 2021.

"Kerja-kerja menjadi perlahan berikutan cuaca buruk dan kelewatan penghantaran bahan binaan ke tapak pembinaan," jelasnya.

Advertisement
Bagi Fasa Dua kerja-kerja menaik taraf, Liew berkata ia berjalan serentak dan akan dipercepat mulai bulan depan untuk disiapkan dalam tempoh enam hingga 10 bulan.

Menurutnya, Fasa Dua melibatkan perobohan struktur sedia ada dan pembinaan Pusat Pelawat baharu iaitu bangunan utama (untuk menempatkan lobi, pejabat dan kedai cenderamata).

Liew diiringi dalam lawatan kerja itu oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian I Mary Malangking, Pengurus Produk STB Effendi Mahany dan Penolong Pengurus Produk Jason Paujik.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here