Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan Negeri lulus pelaburan RM11.5 bilion
Published on: Tuesday, April 04, 2023
Published on: Tue, Apr 04, 2023
Text Size:
Text:
Kerajaan Negeri lulus pelaburan RM11.5 bilion
Hajiji beramah mesra dengan sebahagian daripada pelajar tahfiz pada majlis itu.
Tuaran: Kerajaan Negeri meluluskan pelaburan berjumlah RM11.5 bilion membabitkan 89 projek yang menjana kira-kira 4,566 pekerjaan sejak penularan wabak Covid-19 sehingga tahun lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Bagaimanapun, ini tidak termasuk projek Keluli Hijau Bersepadu bernilai RM19.6 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip) yang ditandatangani pada November 2022.

Advertisement
“Dengan projek Keluli Hijau ini dan pelaburan lain dalam proses pelaksanaan, Sabah akan menerima sejumlah RM33.4 bilion,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Lembaga Kemajuan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) di Shangri-La’s Rasa Ria Resort, di sini, Isnin.

Hajiji, yang juga Pengerusi Sedia, berkata daripada RM11.5 bilion itu, RM9.2 bilion adalah Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan RM2.3 bilion lagi adalah pelaburan domestik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata 72.9 peratus daripada pelaburan atau RM8.4 bilion adalah dalam sektor pembuatan, manakala RM1.6 bilion dalam sektor utama terdiri daripada pertanian, perlombongan, komoditi dan perladangan, dan sektor perkhidmatan, RM1.5 bilion.

Pelaburan ini merupakan usaha terkumpul Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, Sedia dan agensi berkaitan lain, katanya.

Advertisement
Kini Sedia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi secara langsung, Ketua Menteri mahu semua permohonan dan pelaksanaan projek di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) diselaraskan dengan lebih baik dengan garis masa yang ditetapkan dan semua prosedur dipatuhi.

Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan oleh Kementerian Ekonomi pada 26 Februari 2023 yang akan membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan miskin tegar dan golongan berpendapatan B40 melalui program seperti Usahawan Tani (Intan), Usahawan Makanan (Insan) dan Operator Perkhidmatan (Ikhsan).

Advertisement
Ketua Menteri kemudiannya menghadiri majlis berbuka puasa bersama ahli lembaga Sedia serta 100 anak yatim dan pelajar dari empat rumah dan pusat Tahfiz di Tuaran iaitu HOME Tuaran, Maahad Tahfiz Assohabah, Tarbiyatun Nisa, dan Pusat Tahfiz Al-Quran Ash- Shabab Al-Mardhiyah di mana beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr. Safar Untong, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Dato Nor Azmie Diron, Peguam Negara Nor Asiah Mohd Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Sofian Alfian Nair, Ketua Pegawai Eksekutif Sedia Datuk Seri Hashim Paijan, ketua-ketua jabatan dan ahli lembaga Sedia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here