Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiada bukti sabotaj: Laporan
Published on: Thursday, April 13, 2023
Published on: Thu, Apr 13, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tiada bukti sabotaj: Laporan
Nahas pesawat terhempas pada 1976 dikenali sebagai tragedi Double Six mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu Fuad Stephens dan 10 yang lain. (Gambar Bureau of Aircraft Accidents Archives).
Kuala Lumpur: Tiada bukti yang menunjukkan bahawa terdapat unsur sabotaj, kebakaran atau letupan dalam tragedi pesawat Sabah Air terhempas yang telah mengorbankan Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephens serta beberapa anggota Kabinet negeri itu pada 1976.

Laporan berkaitan tragedi itu setebal 21 halaman yang telah dinyahklasifikasi dan dikeluarkan pada Rabu merumuskan bahawa kemungkinan punca nahas adalah disebabkan oleh kedudukan pusat graviti pesawat di luar had buritan kapal yang mengakibatkan kolum kawalan tidak lagi boleh digerakkan ke hadapan manakala bahagian muncung pesawat terangkat ke atas apabila sayapnya melepasi 25 darjah ketika hampir mendarat.

Advertisement
Menurut laporan itu, tiada bukti bahawa wujud kerosakan pada pesawat atau sistemnya sebelum nahas kerana ia telah diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan dan tiada bukti juga bahawa keadaan cuaca menyumbang kepada berlakunya tragedi tersebut.

“Pemuatan bagi penerbangan itu didapati tidak dilakukan dengan betul sehingga menyebabkan kedudukan graviti pesawat berada di luar had buritan sebagaimana yang telah ditetapkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pergerakan kolum kawalan ke hadapan adalah bagi menurunkan muncung pesawat atau menghalangnya daripada terangkat ke atas. Jika hentian hadapan dicapai ketika muncung pesawat terangkat ke atas maka sudah pasti berlaku hilang kawalan akibat ketiadaan kelajuan dan kestabilan di udara,” katanya.

Dalam tragedi itu, juga dikenali sebagai ‘Double Six,’ sebuah pesawat ringan buatan Australia jenis Nomad 9M-ATZ kendalian Sabah Air yang membawa sekumpulan kenamaan dari Labuan terhempas di daerah Sembulan ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah pada 6 Jun 1976.
Advertisement
Laporan itu juga menyebut adalah jelas prosedur operasi yang dilakukan oleh juruterbang syarikat terbabit agak santai dan tidak mematuhi piawaian profesional.

“Terdapat beberapa syarat yang ditetapkan iaitu borang muatan perlu disediakan sebelum setiap penerbangan dan satu salinan ditinggalkan. Ini tidak dilakukan bagi penerbangan itu dan sememangnya tidak jelas bahawa mana-mana juruterbang syarikat ini pernah berbuat demikian,” menurut laporan itu.

Advertisement
Pasukan penyiasat yang diketuai ketua pemeriksa Jabatan Penerbangan Awam Omar Saman turut mendapati bahawa tiada pelan penerbangan IFR (Instrument Flight Rules) dikemukakan sebagaimana yang ditetapkan oleh Manual Operasi bagi penerbangan VVIP.

“Adalah jelas bahawa banyak prosedur yang disenaraikan dalam Manual Operasi telah dilakukan oleh juruterbang terbabit. Selain itu, entri Log Teknikal juga amat teruk sehingga menjadikan dokumen itu tidak bermakna,” katanya.

Menyentuh perihal juruterbang pula, laporan itu mendapati lelaki berusia 42 tahun berkenaan memiliki lesen bagi menerbangkan pesawat tersebut dan tiada bukti yang menunjukkan dia berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah kecuali mengambil ubat antimalaria dikenali sebagai klorokuin.

Pada 5 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan untuk mendedahkan laporan akhir tragedi Double Six itu dibuat selepas mengambil kira tuntutan keluarga waris selain pandangan rakyat Sabah yang inginkan maklumat terperinci berhubung kejadian itu.

Pada 8 Mac lepas, media melaporkan Mahkamah Tinggi di Sabah memerintahkan Putrajaya mengambil langkah perlu untuk menyahklasifikasi laporan berhubung insiden itu.

Sebelas nyawa telah terkorban dalam tragedi itu termasuk barisan pimpinan kanan Kerajaan Negeri Sabah iaitu Fuad, Datuk Peter Joinod Mojuntin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah), Datuk Chong Thien Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah dan Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Sabah).

Turut terkorban Datuk Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah), Datuk Wahid Peter Andau (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah), Dr Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah) dan Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia).

Tragedi itu turut meragut nyawa Koperal Said Mohammad (Pengawal Peribadi kepada Ketua Menteri Sabah), Johari Fuad Stephens (anak kepada Ketua Menteri Sabah) dan Gandhi J Nathan (juruterbang pesawat 9M-FTZ).

 

The Daily Express’ award winning team of journalists presents ‘Double Six: The Untold Stories’, a documentary on the plane crash in Sabah (East Malaysia) killing the newly-elected Chief Minister of Sabah Tun Mohd Fuad Stephens, four state ministers and six others on June 6th, 1976. After 46 years the findings of the crash also known to many as The Double Six Tragedy have not been disclosed. Note: This series unravels information not previously available to the public, but does not in any way attribute blame for the crash on any party.

* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here