Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penekanan ke atas keselamatan akan diteruskan, kata Hajiji
Published on: Thursday, April 13, 2023
Published on: Thu, Apr 13, 2023
Text Size:
Text:
Penekanan ke atas keselamatan akan diteruskan, kata Hajiji
Hajiji (kanan) menyampaikan kuih raya kepada Ketua Staf Bahagian Operasi Darat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) SAC M. Chandra pada majlis itu. – fotoBERNAMA
ASPEK keselamatan awam di Sabah akan terus diperkasakan bagi memastikan rakyat dapat menjalankan aktiviti ekonomi dan sosial dalam suasana aman dan sejahtera, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata jaminan keselamatan awam bukan sahaja memberi impak kepada persekitaran malah akan meningkatkan keyakinan pelabur asing.

Advertisement
“Keamanan yang kita capai juga akan membolehkan agenda pembangunan negeri iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin,” katanya pada majlis penyerahan biskut Hari Raya Aidilfitri 2023 kepada anggota pasukan keselamatan negeri dan petugas kesihatan di Menara Kinabalu, di Kota Kinabalu pada 6 April.

Bagi pihak Kerajaan Negeri, Hajiji melahirkan rasa terima kasih di atas jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di negeri ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, tugas serta tanggungjawab mereka sangat mencabar dan pengorbanan anggota keselamatan dan petugas kesihatan tidak pernah mengenal erti penat mahupun takut hinggakan nyawa dan keselamatan diri sendiri menjadi taruhan demi menjaga keselamatan, akan sentiasa diingati.

Beliau turut mengingatkan rakyat di negeri ini supaya terus mengawal diri bagi mengelak dijangkiti Covid-19 berikutan Kementerian Kesihatan mengesan peningkatan kes Covid-19 sebanyak 37.7 peratus bagi minggu berakhir Sabtu lepas (1 April 2023) berikutan pembukaan semula sekolah di seluruh negara.

Advertisement
“Justeru, saya berharap agar kita semua sentiasa berhati-hati dan menjaga diri demi keselamatan diri dan keluarga,” tegasnya.

Hajiji berkata setiap tahun Kerajaan mengadakan majlis penyerahan biskut Hari Raya Aidilfitri bagi mengenang jasa dan penghargaan kepada semua anggota keselamatan yang bertugas di sempadan, darat, laut dan udara.
Advertisement
“Begitu juga petugas kesihatan, doktor, jururawat dan pasukan paramedik yang tidak pernah mengeluh tanpa mengira erti lelah dan masa terutama ketika pandemik Covid-19, juga tidak dilupakan.”

Pada tahun ini sebanyak 35 agensi kerajaan terdiri daripada kementerian, jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO) bergabung tenaga menyediakan kuih raya untuk diagihkan kepada anggota keselamatan dan petugas kesihatan menjelang Aidilfitri. Beliau berharap lebih banyak agensi kerajaan termasuk GLC dan NGO tampil menghulurkan sumbangan pada masa akan datang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here