Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Laluan Guangzhou – Kota Kinabalu disambung semula 29 April
Published on: Friday, April 28, 2023
Published on: Fri, Apr 28, 2023
Text Size:
Text:
Laluan Guangzhou – Kota Kinabalu disambung semula 29 April
LIEW (kanan) menerima model pesawat (China Southern Airlines B787) daripada Wang.
Kota Kinabalu: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew mengalu-alukan sambungan semula penerbangan China Southern Airlines bagi laluan Kota Kinabalu-Guangzhou bermula 29 April.

“Ia memberi petanda baik untuk pelancong berpotensi dari bandar peringkat kedua atau peringkat ketiga di China untuk melawat Sabah, memandangkan hab utama syarikat penerbangan itu ialah Guangzhou dengan sambungan ke bandar-bandar tersebut.

Advertisement
“Kami berharap dapat mengalu-alukan kira-kira 194 penumpang dari Guangzhou yang menaiki China Southern Airlines,” kata Liew dalam satu kenyataan selepas menerima kunjungan hormat Pengurus Besar China Southern Airlines Eric Wang (Pejabat Kuala Lumpur), Rabu.

“Para penumpang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bai Yun di Guangzhou pada 3.10 petang dan tiba di sini pada 6.20 petang. Mereka akan terbang dengan Airbus 321.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Penerbangan balik akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 7.20 malam pada malam yang sama dan tiba di Guangzhou pada 10.35 malam,” kata Wang kepada Menteri itu.

China Southern Airlines terpaksa membatalkan laluan Kota Kinabalu-Guangzhou pada 2020 kerana pandemik Covid-19.

Advertisement
Semasa memberi taklimat kepada Liew mengenai rancangan penerbangan semasa, Wang berkata penerbangan berjadual dari Kota Kinabalu ke Guangzhou akan diadakan tiga kali seminggu (Selasa, Khamis dan Sabtu) mulai Jun.

“Penyambungan semula penerbangan langsung antara Kota Kinabalu dan Guangzhou akan membantu menjana peluang ekonomi dan meningkatkan pertukaran pelancongan antara China dan Sabah,” katanya.

Advertisement
Menurut Wang, China Southern Airlines memiliki armada terbesar dan rangkaian laluan paling maju, dan menawarkan kapasiti penumpang terbesar antara mana-mana syarikat penerbangan di China dengan jumlah armada 850 pesawat penumpang dan kargo.

“China Southern Airlines telah membentuk rangkaian luas di seluruh China yang menghubungkan Eropah dan Oceania dan memancar ke seluruh Amerika Utara, Timur Tengah dan Afrika dari Asia,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian, Alesia Sion dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Noredah Othman.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here