LAHAD DATU: Sk Bukit Belacon di sini menempa nama di peringkat antarabangsa menerusi penyertaan pelajar Anis Umairah Al Insyirah Nor Abdi dalam 2022-2023 International Competition yang dianjurkan oleh Never Such Innocence NSI, London.Pertandingan yang dilaksanakan secara maya itu terbahagi kepada empat kategori iaitu lukisan, syarahan, sajak dan lagu dengan tema What does war mean to You? (Apakah makna perang bagi anda).
NSI merupakan sebuah badan amal yang bermula sebagai projek peringatan Perang Dunia Pertama untuk kanak-kanak dan belia.
Advertisement





