Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Nizam sangkal dakwaan kerajaan negeri tidak stabil
Published on: Thursday, May 11, 2023
Published on: Thu, May 11, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Nizam sangkal dakwaan kerajaan negeri tidak stabil
Manurut Nizam (kiri), kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Hajiji (kanan) semakin stabil.
TAWAU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyangkal dakwaan pemimpin politik tertentu kononnya kerajaan negeri tidak stabil.

Menurutnya, sokongan Wakil Rakyat terhadap kerajaan negeri semakin bertambah sudah hampir mencecah kira-kira 50 orang dan lebih daripada separuh Adun yang ada di Sabah.

Advertisement
Tegasnya, kerajaan Sabah di bawah kepimpinan ketua menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor semakin stabil.

“Perkara ini jelas apabila kerajaan negeri mendapat sokongan daripada 44 Ahli Dewan Undangan Negeri ketika terdapat cubaan untuk membentuk kerajaan pintu belakang sebelum ini, malah jumlah sokongan semakin bertambah ketika ini,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Adun Apas berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Kursus Asas Kepimpinan Wanita Akar Umbi dan Pemimpin Politik, di sini, Selasa lepas.

Hadir sama,  Pengerusi Induk Majlis Penasihat Wanita Sabah, Datuk Dr Tarsiah TZ Taman dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Apas, M Aziriansyah Ali.

Advertisement
Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri tidak akan melayan kerenah pemimpin politik yang hanya mementingkan diri sendiri berbanding kepentingan rakyat dan kini hanya mahu terus fokus untuk membangunkan Sabah serta memperbaiki segala kekurangan.

Katanya, kerajaan sudah menunjukkan kemampuan selama memimpin negeri ini dengan baik dan banyak lagi agenda yang sudah dirancang agar Sabah terus membangun.

Advertisement
“Saya ingin menasihatkan pemimpin politik di negeri ini supaya jangan terlalu banyak bermain politik, sehingga lupa tanggungjawab yang sepatutnya untuk mensejahterakan rakyat dan memajukan negara,” katanya.

Mengenai program itu, Nizam berkata kursus yang disertai hampir 100 wanita dari Tawau, Kalabakan, Lahad Datu, Semporna dan Sandakan itu dilihat sangat bermanfaat kerana dapat memberi ilmu pengetahuan kepada wanita tentang peranan mereka.

Katanya, kerajaan mengiktiraf golongan wanita kerana mereka juga turut banyak membantu dan memainkan peranan dalam pembangunan negara.

Justeru, beliau menggesa golongan wanita agar bergerak aktif bersama-sama dengan kepimpinan dan kerajaan yang ada kerana pandangan mereka sangat diperlukan dalam memajukan negara.

“Kita mahu orang luar beranggapan bahawa wanita yang ada di negara ini sebagai golongan profesional dan mampu menjadi pemimpin politik yang disegani,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here