Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Utamakan masa depan generasi muda: Hajiji
Published on: Monday, May 15, 2023
Published on: Mon, May 15, 2023
Text Size:
Text:
Utamakan masa depan generasi muda: Hajiji
Anwar bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Tan Sri Dr Abang Johari Tun Openg mendengar ucapan Hajiji pada perasmian konvensyen itu. – fotoBERNAMA
Kuala Lumpur: Masa depan generasi muda perlu diangkat sebagai salah satu segmen penting dan agenda keutamaan Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, kerajaan perlu menyantuni “fear and concern” anak-anak muda kita tentang peluang pekerjaan mereka hari ini dan cabaran masa depan. 

Advertisement
Beliau memberikan jaminan bahawa suara dan tuntutan Sabah berkaitan hak-hak dan kepentingan Sabah bukan hanya berkisar tentang kepentingan kenegerian semata-mata, tetapi berlandaskan komitmen menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).  

“Kita tidak sesekali mengambil hak-hak orang lain, tetapi menuntut agar hak-hak kita dipelihara dan dilaksanakan. Tidak timbul soal kesetiaan kepada negara, tanah air ini milik bersama, hidup dan mati kita adalah untuk negara Malaysia tercinta”, katanya pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia  (WTC), pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, Sabah amat menghargai keprihatinan Perdana Menteri dalam melaksanakan isu-isu tertangguh sekian lama berhubung MA63.  

“Kita amat berharap komitmen tinggi Perdana Menteri ini didokong dan dilaksanakan oleh seluruh penggubal dan pelaksana dasar Kerajaan Persekutuan”, tegasnya. 

Advertisement
Hajiji berkata, perjuangan GRS adalah seiring dengan agenda Membangun Malaysia Madani. Formula tempatan dan citra lokal yang menjadi landasan perjuangan kita adalah didirikan atas satu hasrat dan matlamat iaitu membentuk kesatuan seluruh rakyat untuk bergerak seiring, sehati sejiwa membawa perubahan, melonjakkan pembangunan Sabah.  

“Kita yakin dan percaya Sabah yang lebih maju dan berjaya akan memberikan nilai dan makna kepada Malaysia tanah air tercinta,” tambahnya. 

Advertisement
Hajiji berkata, GRS bertekad untuk terus memperkukuhkan gagasan perpaduan ini, dan mengajak semua rakan untuk terus melangkah ke hadapan demi mengangkat agenda rakyat melalui Kerajaan Perpaduan.

Katanya,  tema Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan iaitu Madani: Mengangkat Agenda Rakyat  amat bertepatan dan wajar diletakkan sebagai landasan setiap dasar dan program Kerajaan di semua peringkat. 

“Hari ini keutamaan kita adalah untuk memaknai gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri. Kita membangun Malaysia Madani dengan mengangkat agenda rakyat.

Secara tuntasnya, nilai dan makna Malaysia Madani bukan semata-mata menjadikan negara ini maju, tetapi juga rakyatnya berkemajuan”. 

“Tidak lengkap nilai kemajuan itu sekiranya hanya sebilangan kumpulan masyarakatnya maju dan masih ada yang ketinggalan dari arus perdana, apatah lagi yang masih hidup susah. Atas sebab itu, GRS amat mengalu-alukan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam agenda menoktahkan kemiskinan,” tegasnya. 

Hajiji berkata, makna kemajuan itu juga tidak lengkap sekiranya kepesatan pembangunan itu hanya bertumpu di kawasan dan negeri tertentu semata-mata, dan masih ada negeri dan wilayah yang bergelumang dengan kemunduran ekonomi dan isuisu legasi infrastruktur termasuk kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya.  

Menurutnya, menjadi harapan GRS agar Kerajaan Persekutuan meletakkan dan mengangkat agenda kesaksamaan sosio-ekonomi rakyat dan wilayah sebagai agenda nasional dalam Pembangunan Malaysia Madani. 

Hajiji berkata, GRS memberikan sepenuh komitmen kepada perjuangan Kerajaan Perpaduan dan kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.  

“Kita mendoakan rakan-rakan parti gabungan Kerajaan Perpaduan memperolehi kejayaan cemerlang dalam Pilihan Raya Negeri-Negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sekiranya diperlukan oleh mana-mana negeri dan sekiranya bersesuaian dan diperlukan, kita bersedia membantu rakan-rakan sekalian,” tegasnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here