Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Undang-undang kecil bangunan seragam
Published on: Thursday, May 18, 2023
Published on: Thu, May 18, 2023
Text Size:
Text:
Undang-undang kecil bangunan seragam
Dr Joachim berkata antara pindaan baharu dan penting kepada UBBL 2022 ialah pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) oleh golongan profesional atau Principal Submitting Person (PSP) bagi menggantikan Sijil Layak Menduduki yang dikeluarkan oleh PBT sebelum ini.
PIHAK Berkuasa Tempatan (PBT) kini boleh menyelaraskan penggunaan undang-undang kecil bangunan seragam serta menangani masalah pembinaan struktur tanpa kelulusan PBT atau haram yang sering menjadi isu kontroversi, dengan pewartaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 2022.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata sebelum UBBL 2022 diwartakan, terdapat ketidakkonsistenan dan ketidakseragaman dalam pentadbiran, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang kecil bangunan di setiap PBT.

Advertisement
Selain itu, undang-undang kecil bangunan yang wujud di sesetengah kerajaan tempatan adalah undang-undang yang tidak lagi relevan, tambahnya.

“Justeru, Kementerian telah mengambil inisiatif melalui Jawatankuasa Semakan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 2022 untuk meneliti dan menyemak undang-undang kecil bangunan supaya sentiasa relevan, terkini dan menepati kehendak semasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dengan adanya UBBL 2022, semua PBT kini boleh menyelaraskan penggunaan undang-undang bangunan yang sama,” katanya ketika merasmikan Majlis Bengkel dan Pelancaran UBBL 2022 di Kota Kinabalu pada 8 Mei lalu.

Dr Joachim berkata antara pindaan baharu dan penting kepada UBBL 2022 ialah pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) oleh golongan profesional atau Principal Submitting Person (PSP) bagi menggantikan Sijil Layak Menduduki yang dikeluarkan oleh PBT sebelum ini.

Advertisement
“PSP ialah sekumpulan profesional yang terdiri daripada arkitek, jurutera profesional dan pelukis pelan berdaftar.

“Pengeluaran CCC oleh PSP adalah pensijilan kendiri dan pengawalseliaan sendiri dan PBT boleh menggunakan kuasanya di bawah undang-undang kecil 216(4) dan (5) UBBL 2022 untuk menjalankan pemeriksaan semasa pembinaan bagi memastikan bangunan yang dibina mematuhi pelan bangunan yang diluluskan. Jika berlaku ketidakpatuhan, PBT boleh menahan pengeluaran CCC,” katanya.

Advertisement
Menurutnya, secara keseluruhannya, UBBL 2022 adalah satu langkah positif dan mempunyai penyesuaian kepada amalan seni bina dan kejuruteraan masa kini.

“Selain itu, UBBL 2022 juga memperuntukkan kuasa undang-undang lebih ketat untuk mengenakan kompaun tidak melebihi RM5,000 dan kadar penalti tidak melebihi RM100,000 terhadap mana-mana orang yang melanggar peruntukan di bawah UBBL 2022.

“Ini secara tidak langsung membolehkan PBT menangani masalah pembinaan struktur tanpa kelulusan PBT atau tidak sah yang sering menjadi isu kontroversi dalam setiap PBT,” kata Dr Joachim.

Jika dilihat secara menyeluruh, katanya, UBBL 2022 menyediakan beberapa garis panduan kepada PBT untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengatasi ketidakselarasan dalam pentadbiran, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang kecil bangunan di setiap PBT.

“Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada semua peserta. Kementerian akan sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan untuk kebaikan bersama,” tambahnya.

Terdahulu, Dr Joachim berkata industri pembinaan merupakan antara industri terpenting yang menyumbang kepada ekonomi bukan sahaja di Sabah malah di seluruh negara.

Beliau berkata industri pembinaan juga merupakan industri yang terikat dengan undang-undang, di mana setiap pembinaan perlu mengikut undang-undang berkaitan bagi melindungi atau mengawal aspek yang terlibat dengan pembinaan, penghuni bangunan dan struktur.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Dr Jamili Nais, Timbalan Setiausaha Tetap I Stanley Chong, Jurutera Kanan Isidore Ignatius Simin dan LAr. Nurulhayati Awang More, serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Tawau dan Sandakan, pegawai eksekutif dan pegawai Kementerian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here