Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan Negeri sentiasa usaha basmi kemiskinan: Juhar
Published on: Tuesday, May 23, 2023
Published on: Tue, May 23, 2023
By: Ricardo Unto
Text Size:
Text:
Kerajaan Negeri sentiasa usaha basmi kemiskinan: Juhar
Juhar seterusnya berkata, selaras dengan hala tuju Kerajaan Negeri untuk memupuk masyarakat penyayang dan perkhidmatan cemerlang, pihaknya terus komited untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membasmi kemiskinan dengan melaksanakan pelbagai program pembasmian, kata Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Juhar berkata, selain program sebelum ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan giat melaksanakan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk membasmi golongan miskin tegar melalui integrasi sektor awam, swasta dan masyarakat.

Advertisement
“Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan program pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya di semua 73 DUN,” katanya dalam Ucapan Dasar Kerajaan semasa perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini, Isnin.

“Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Pembangunan SMJ untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar dengan menyediakan rumah mampu milik, khususnya kepada golongan yang amat miskin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pada masa sama, usaha menambah baik infrastruktur dan utiliti di kawasan luar bandar akan terus diperkasakan melalui program yang telah diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12, seperti projek pembangunan pembinaan baharu dan pengubahsuaian jalan, jambatan, dewan orang ramai, saliran dan sistem pembetungan di kawasan kampung, Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif (Belba) dan Program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif (Balba).

Beliau juga berkata, pada tahun ini, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan beberapa program bantuan pendidikan di bawah Pelan Pembangunan seperti Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (Budi), Bantuan Ihsan Komputer (Baik), Bantuan PIBG (Bagus), Bantuan Tunai Peperiksaan (Bakti ), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (Bisbah) yang terbukti banyak memberi manfaat terutamanya dalam mengurangkan beban kewangan golongan miskin dan B40.

Advertisement
Selain itu, dua lagi inisiatif bantuan pendidikan baharu akan dilaksanakan iaitu Bantuan Khas Program Pendidikan Sabah (Bantu) dan Bantuan Penyelenggaraan Sekolah Kecil (Balkis).

Beliau seterusnya berkata, selaras dengan hala tuju Kerajaan Negeri untuk memupuk masyarakat penyayang dan perkhidmatan cemerlang, pihaknya terus komited untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Advertisement
“Pelbagai inisiatif dan program perdana di bawah Pelan Pembangunan SMJ yang telah dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan pada tahun ini.

“Antaranya Program Homeward menjaga pesakit terlantar, Program Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak di luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan prasekolah dan tadika, serta Program Outreach Santuni Wanita dan Program Jhewanita untuk memperkasakan ibu tunggal dan wanita B40.

Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri juga akan mempergiat pelaksanaan Kompleks Bersepadu Orang Kurang Upaya dan Warga Emas Inanam yang dijangka siap pada awal 2025.

“Kerajaan Negeri juga telah membangunkan Sistem Bank Masa Sosial Sabah, yang memberikan mata ganjaran dan jam kredit untuk pertukaran dengan barangan yang ditawarkan.

“Ini bertujuan merekodkan penglibatan sukarelawan dan menggalakkan penyertaan lebih ramai sukarelawan dalam kalangan anggota masyarakat, agensi kerajaan dan agensi swasta dalam melaksanakan perkhidmatan sosial.

“Sistem ini dijangka akan dilancarkan pada Julai,” katanya.

Selain itu, terdapat dua lagi inisiatif baharu iaitu Program Santuni Komuniti yang bertujuan meningkatkan pengeluaran dan penjualan produk oleh usahawan ibu tunggal dan wanita B40 serta Produk Pek Makanan Segera yang bertujuan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa bencana alam yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here