Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Meningkatkan pendapatan pihak berkuasa tempatan
Published on: Thursday, May 25, 2023
Published on: Thu, May 25, 2023
Text Size:
Text:
Meningkatkan pendapatan pihak berkuasa tempatan
Dr Joachim juga berkata, banyak program sedang dirancang di peringkat kementerian selaras dengan empat teras utama iaitu mentransformasikan penyampaian perkhidmatan PBT, pembangunan sektor perumahan yang stabil dan mampan, perancangan pembangunan guna tanah yang mampan dan sistematik serta memperkukuh fungsi dan peranan Mahkamah Anak Negeri. - FOTO Bernama.
SATU undang-undang kecil penting untuk meningkatkan hasil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah sedang diwartakan, kata Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Dr Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri berkata pihaknya akan mengadakan jerayawara bagi memberi khidmat nasihat kepada semua PBT.

Advertisement
“Ini adalah antara usaha yang sedang dilaksanakan di peringkat kementerian,” katanya pada majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Majlis Amanat Menteri 2023 yang diadakan di Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu, pada 12 Mei.

Beliau berkata PBT boleh dikatakan sebagai sebuah “organisasi mandiri”, walaupun terdapat sedikit suntikan bantuan daripada kerajaan tetapi mencari hasil untuk manfaat PBT adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Cuba cari sumber pendapatan baharu yang boleh meningkatkan hasil kerajaan tempatan. Pejabat kementerian sentiasa terbuka untuk berbincang dan bertukar pendapat.

“Hasil seperti kutipan kadar taksiran, sewa dan lesen perlu terus dikutip, dan kutipan hasil semasa serta kutipan tunggakan perlu dipergiatkan. Kita perlu berfikir di luar kotak untuk memastikan hasil dikutip dan menjana pendapatan baharu,” katanya. 

Advertisement
Dr Joachim juga berkata, banyak program sedang dirancang di peringkat kementerian selaras dengan empat teras utama iaitu mentransformasikan penyampaian perkhidmatan PBT, pembangunan sektor perumahan yang stabil dan mampan, perancangan pembangunan guna tanah yang mampan dan sistematik serta memperkukuh fungsi dan peranan Mahkamah Anak Negeri.

Beliau berharap kementerian dan agensinya serta semua PBT dapat bekerja sebagai satu pasukan.

Advertisement
“Kecemerlangan bukan sahaja diukur dengan pencapaian sasaran kerja tetapi ia dinilai melalui perkhidmatan yang berintegriti. Oleh itu, kita boleh simpulkan bahawa kecemerlangan adalah cerminan diri kita sebagai penjawat awam.

“Saya berharap agar semua sentiasa menghargai apa jua tugasan dan arahan serta tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sebagai penjawat awam, kita tidak pernah lari daripada aduan dan tohmahan sama ada daripada orang ramai yang berurusan dengan kita atau mereka yang berurusan dengan kakitangan di pejabat.”

Beliau berkata kementerian tidak pernah dan tidak akan sewenang-wenangnya menerima tuduhan, aduan dan penghinaan dan akan menyiasat kesahihan aduan yang diterima, sambil menambah, kakitangan sentiasa diawasi.

Lima kakitangan kementerian itu menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan enam lagi menerima Anugerah Khas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here