Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Kami tidak cukup bagus’
Published on: Sunday, June 04, 2023
Published on: Sun, Jun 04, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
‘Kami tidak cukup bagus’
GABRIEL menanduk masuk gol pembukaan Sabah FC pada perlawanan itu.
Kota Kinabalu: Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui bahawa pasukannya ditewaskan oleh pasukan yang lebih baik susulan kekalahan 1-2 kepada Kedah FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam Jumaat lalu.

Walaupun mendahului awal, Sabah FC yang lebih banyak menerima serangan dan tidak dapat melancarkan sebarang ancaman serius terhadap pasukan tuan rumah terutamanya selepas Jailton Paraiba dikeluarkan akibat kecederaan pada minit ke-30.

Advertisement
Bagaimanapun, Ong menolak cadangan bahawa ketiadaan Jailton mungkin telah menghalang mereka untuk mencatat kemenangan pertama di tempat lawan musim ini.

“Ketiadaannya mungkin memberi sedikit impak kepada rentak kami tetapi kami hanya berjaya mengawal permainan untuk seketika selepas jaringan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami perlu menerima keputusan dan cuba memperbaiki permainan kami kerana setiap kekalahan pasti ada kelemahannya dan kami perlu mengakui kami tidak cukup bagus untuk mengatasi Kedah malam ini.

“Mereka mempunyai individu yang mampu mencipta sesuatu daripada situasi sukar dan hasilnya berjaya mencari gol penyamaan diikuti gol kemenangan pada separuh masa kedua.

Advertisement
“Apa yang penting sekarang adalah untuk kami bangkit pada pusingan kedua. Kami hanya tewas tiga perlawanan pada pusingan pertama dan semuanya perlawanan di tempat lawan.

“Kami masih di landasan yang betul untuk memperbaiki kedudukan kami dalam carta dan kami perlu memenangi mata dalam perlawanan di tempat lawan dan pada masa yang sama mengekalkan rekod tanpa kalah kami di tempat sendiri pada pusingan kedua,” katanya.

Advertisement
Sabah FC yang tidak tewas dalam lima perlawanan terakhir liga memulakan perlawanan dengan penuh semangat pada Jumaat lalu.

Mereka membuka tirai jaringan pada minit ke-7 menerusi tandukan Gabriel Peres hasil hantaran tepat oleh kapten Baddrol Bakhtiar daripada sepakan percuma.

Kedua-dua pasukan tampak seimbang sehingga Jailton diusung keluar selepas berlanggar dengan Bojan Ciger di tengah padang.

Kedah FC seolah-olah mendapat kelebihan selepas itu dan Lee Tuck berjaya menewaskan Damien Lim untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-40.

Mereka mempunyai peluang untuk mendahului sebelum tamat separuh masa pertama tetapi percubaan Manuel Ott berjaya ditepis oleh Damien.

Pasukan tuan rumah meneruskan penguasaan mereka pada separuh masa kedua dan serangan bertali arus mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Lee Tuck menjaringkan gol keduanya dari jarak dekat pada minit ke-70.

Sabah FC cuba bangkit pada penghujung perlawanan dan Gabriel pada minit-minit akhir menyaksikan tandukan pertamanya diselamatkan oleh penjaga gol dan tandukan kedua tersasar.

Dengan kekalahan itu, Sabah menamatkan pusingan pertama di tangga kelima dengan 24 mata daripada tujuh kemenangan, tiga seri dan tiga kekalahan.

Perlawanan mereka yang seterusnya adalah menentang PDRM FC di tempat lawan pada 8 Jun.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here