Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bersama kerajaan kekalkan kestabilan politik, ekonomi: Hajiji
Published on: Monday, June 12, 2023
Published on: Mon, Jun 12, 2023
Text Size:
Text:
Bersama kerajaan kekalkan kestabilan politik, ekonomi: Hajiji
Hajiji memalu gong sebagai simbolik kepada perasmian majlis itu.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengajak seluruh rakyat khususnya masyarakat di daerah Tuaran untuk bersama-sama kerajaan mengekalkan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi. 

Katanya, dengan kerjasama dan sokongan berterusan daripada rakyat, maka kerajaan dapat memberi fokus terhadap kelancaran pembangunan di negeri ini.
Advertisement
Menurutnya, banyak lagi kemudanan infrastruktur seperti balai raya, bekalan air dan elektrik serta jalan raya di kampung-kampung yang perlu dinaiktaraf. 

“Perancangan dan peruntukan bagi projek-projek ini telah dan sedang diatur. Sebagai wakil rakyat kawasan ini, saya akan memberi perhatian sewajar dalam setiap pemasalahan rakyat. Bukan hanya di kawasan ini, malah di seluruh negeri,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan Suang Olung 2023 di Dewan Suworoh, Kampung Selupoh Tuaran, pada Ahad.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman berkata, walaupun sentiasa sibuk kerana mentadbir negeri, namun hatinya tidak pernah melupakan penduduk kampung di kawasannya. 

Advertisement
“Sebab itu pada hari ini, walaupun bulan Kaamatan yang diraikan sepanjang bulan Mei telah berakhir, saya tetap hadir menyantuni penduduk kampung yang terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada saya selama ini. 

“Terima kasih, ponsikou om Kotobian Tadau Tagayo Kaamatan. 

Advertisement
“Saya berasa gembira kerana dapat balik kampung dan turun padang untuk berjumpa dan bersama-sama meraikan Pesta Kaamatan Suang Olung. 

“Saya anggap sambutan Kaamatan Suang Olung ini amat istimewa kerana ia menggabungkan 11 kampung. 

“Usaha ini jelas membuktikan bahawa semangat perpaduan dan toleransi di kalangan penduduk ini sentiasa kukuh dan terpelihara,” tegasnya. 

Hajiji berharap semangat dan usaha yang ditunjukkan dalam perayaan itu akan terus tersemat di dalam diri masyarakat untuk memacu peningkatan sosio ekonomi dan kemakmuran bersama.  

Katanya, tema Kaamatan  tahun ini iaitu ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan’,  jelas meminta rakyat bersama-sama memelihara dan meningkatkan lagi perpaduan, toleransi dan semangat kekitaan yang tinggi. 

Menurutnya, Pesta Kaamatan merupakan perayaan yang diraikan setiap tahun oleh masyarakat Kadazandusun Murut dan Rungus (KDMR) dan merupakan satu budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman.   

“Pesta ini bukan sahaja bertujuan menyatakan rasa kesyukuran di atas hasil tuaian yang baik tetapi juga memberi peluang kepada saudara-mara untuk berkumpul dan mengeratkan silaturahim, sama ada dari suku kaum Dusun Lotud, Kadazan atau Bajau Sama. 

“Semoga Perayaan Pesta Kaamatan Suang Olung ini akan terus memberikan inspirasi dan kekuatan kepada kita untuk memperkasakan lagi kestabilan, keamanan dan kemakmuran rakyat. 

“Atas faktor tersebut, Kerajaan Negeri menyambut baik dan mengalu-alukan penganjuran program seumpama ini dan mencadangkan agar perayaan ini dilaksanakan secara bergilir mengikut kampung setiap tahun, serta akan melibatkan penyertaan lebih banyak lagi kampung, tambahnya. 

Selain merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Suang Olung, Hajiji turut merasmikan secara serentak Dewan Serbaguna Kampung Selupoh Pogun Lawid, Dewan Serbaguna Kampung Kiwatu pada majlis itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here