Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jheains akan anjur kursus urus kewangan masjid, surau
Published on: Monday, June 12, 2023
Published on: Mon, Jun 12, 2023
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Jheains akan anjur kursus urus kewangan masjid, surau
“Kita akan laksanakan kursus pengurusan kewangan ini di masjid dan surau di seluruh Sabah bagi memastikan laporan kewangan yang lebih tersusun untuk diaudit sekaligus memastikan pengurusan lebih telus," kata Ruslan.
BEAUFORT: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) akan menganjurkan kursus pengurusan kewangan masjid dan surau di seluruh negeri ini bagi memastikan ketelusan kewangan terus terpelihara.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, pada masa sama, kursus itu perlu untuk memenuhi kerja-kerja audit yang sudah dilaksanakan Jheains sejak tiga tahun lalu.

Advertisement
“Kita akan laksanakan kursus pengurusan kewangan ini di masjid dan surau di seluruh Sabah bagi memastikan laporan kewangan yang lebih tersusun untuk diaudit sekaligus memastikan pengurusan lebih telus.

“Pada masa sama, memastikan pemberi sumbangan berpuas hati dengan perjalanan sedekah yang mereka salurkan kepada masjid atau surau,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Penutupan Program Pemimpin Cakna Asnaf dan Ilmu Kawasan Dewan Undangan Negeri Lumadan di Masjid Darul Ikhwan Desa Lestari Kampung Suasa, di sini, pada Ahad. Turut hadir ialah Yang DiPertua (YDP) Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia), Datuk Sapawi Ahmad; Pengarah Jheains, Datuk Saifulzaman Sangul dan Imam Masjid Abbad Mekah, Al-Hafiz Mohamad Sharif Mohamad Imrani.

Advertisement
Mengenai program itu, Ruslan yang juga wakil rakyat Lumadan berkata, antara pengisian progam sehari itu termasuk pengurusan jenazah dan ceramah daripada Baitul Mal dan Pusat Zakat Sabah.

Katanya, seramai 113 asnaf dari kawasan Dun Lumadan hadir bagi mendengar taklimat daripada kedua-dua entiti di bawah Jheains itu tentang status wang bantuan bulanan golongan terbabit.

Advertisement
“Melalui taklimat ini, para asnaf yang hadir kini telah maklum mengapa ada di antara mereka sudah tidak lagi menerima bantuan sebagaimana sebelumnya.

“Antara puncanya, taraf hidup mereka sudah meningkat kerana ada kalangan anak-anak sudah bekerja dan pada masa sama mampu menyara ibu atau bapa mereka berbanding sebelum ini.

“Syukur semua asnaf yang hadir kini sudah faham situasi ini, sekaligus menjawab segala persoalan mereka selama ini,” katanya.

Terdahulu, semua pemimpin masyarakat akar umbi Dun Lumadan turut hadir di program pengurusan jenazah bagi memastikan mereka mempunyai ilmu fardhu kifayah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here